bukti insurans nyawa 123444

Published on February 2017 | Categories: Documents | Downloads: 365 | Comments: 0 | Views: 242
of 2
Download PDF   Embed   Report

Comments

Content

Isutentangkes-kesaduan
BAHAGIAN KELIMA
BIRO pengantaraan insurans: Alternatif menyelesaikan pertikaian
Kes pertama: Rabiah Talib menandatangani borang polisi insurans hayat pada 14 Oktober
1994. Beliau mengesahkan bahawa beliau tidak menghidapi sebarang penyakit.
Syarikat insurans hayat meluluskan permohonannya pada 27 Oktober 1994 dengan syarat:
Perlindungan akan bermula apabila kami menerima bayaran premium yang pertama dengan
sepenuhnya iaitu RM5,244.50. Dan sewaktu pembayaran premium keadaan kesihatan anda
hendaklah sama seperti pada masa anda memohon polisi insurans ini.
Syarikat insurans menerima premium daripada Rabiah pada 30 September 1996. Pada 5
November 1996, Rabiah telah meninggal dunia akibat daripada kanser gastrik yang teruk.
Pewarisnya telah membuat tuntutan kematian dengan syarikat insuransnya.
Laporan perubatan mendapati arwah Rabiah telah didiagnosis menghidap kanser gastrik yang
teruk semenjak September 1996.
Syarikat insurans menolak liabiliti tuntutan kematian tersebut atas alasan bahawa keadaan
kesihatan arwah Rabiah sewaktu premium dibayar tidak sama dengan borang permohonan yang
diserahkan kepada syarikat insurans. Berdasarkan ini, surat kelulusan yang dikeluarkan pada 27
Oktober 1994 adalah tidak sah.
Pengantara insurans telah membuat keputusan berpihak kepada syarikat insurans berdasarkan
penerimaan bersyarat permohonan arwah Rabiah dan maklumat yang diperoleh daripada
laporan perubatan.
Kes kedua:
K. Nathan telah membeli sebuah polisi insurans hayat. Beberapa tahun kemudian, Encik Nathan
dijumpai mati di tepi jalan tidak jauh dari rumahnya. Pewaris polisinya pun membuat tuntutan
kematian daripada syarikat insurans berkenaan.
Syarikat insurans telah menolak tuntutan tersebut atas alasan bahawa laporan toksikologi
menunjukkan kandungan alkohol di dalam darah mendiang Nathan adalah 332 miligram
ethanol/100 mililiter. Mendiang Nathan dikatakan mabuk semasa dia meninggal dunia.
Syarikat insurans berpegang pada peruntukan di dalam polisi yang mengatakan bahawa syarikat
adalah tidak bertanggungjawab di atas sebarang kecederaan yang diakibatkan secara langsung
atau tidak langsung atau dipengaruhi oleh keadaan seseorang yang mabuk atau khayal akibat
daripada pengaruh alkohol, narkotik atau dadah.
Suatu post-mortem dijalankan dan laporan mengatakan punca kematian adalah asfiksia akibat
dicekik. Oleh itu, punca kematian bukanlah disebabkan atau dipengaruhi oleh keadaan mabuk
yang tidak termasuk dalam polisi insurans.
Pengantara insurans telah membuat keputusan berpihak pada pewaris Nathan dan tuntutan
tersebut diluluskan oleh syarikat insurans.
Kes ketiga:
Mohd. Raslan yang membeli polisi insurans kemalangan diri telah membuat tuntutan insurans
terhadap polisinya. Beliau mendakwa bahawa beliau telah terlanggar cermin tepi keretanya dan
mengakibatkan matanya tercedera dan hidungnya berdarah. Beliau terpaksa dimasukkan ke wad
di hospital besar untuk mendapatkan rawatan.

Mengikut laporan perubatan, Razlan didapati mempunyai thrombocytopenia sewaktu beliau
dimasukkan ke hospital. Doktor melaporkan bahawa hidungnya berdarah berkemungkinan
besar disebabkan oleh thrombocytopenia kerana tidak terdapat kecederaan yang teruk atau
keadaan yang tidak normal pada bahagian hidung atau nasofarinks.
Syarikat insurans telah menolak tuntutan tersebut atas dasar bahawa kecederaan Encik Razlan
tidak memenuhi syarat polisi iaitu kecederaan anggota akibat daripada sebab-sebab lain melalui
cara luaran yang nyata dan ganas secara tidak sengaja.
Pengantara insurans telah membuat keputusan memihak kepada syarikat insurans berdasarkan
laporan perubatan yang menyatakan keadaan thrombocytopenia Razlan adalah akibat sebabsebab lain.
Ketiga-tiga kes di atas adalah merupakan salah satu contoh kes-kes pertikaian di antara
pemegang polisi dengan syarikat insurans yang telah dikendalikan oleh Biro Pengantaraan
Insurans pada tahun lepas.
Biro telah ditubuhkan oleh industri insurans pada tahun 1992. Ia merupakan saluran alternatif
untuk menyelesaikan pertikaian di antara pemegang polisi dan pihak syarikat insurans.
Bank Negara juga ada menubuhkan Biro Perkhidmatan Pelanggan di bawah Jabatan
Pengawalan Insurans. Biro Perkhidmatan Pelanggan ini mengendalikan kes-kes aduan dan
pertanyaan daripada orang awam mengenai hal-hal insurans.
Biro Perkhidmatan Pelanggan bekerjasama rapat dengan syarikat insurans serta persatuan
insurans untuk menyelesaikan rungutan dan aduan terhadap pihak syarikat insurans. Ia juga
menganalisis aduan-aduan yang diterima untuk mengenal pasti dan mencari jalan penyelesaian
bagi masalah yang sering dihadapi berkaitan dengan amalan industri ini.
Fungsi Biro Perkhidmatan Pelanggan telah dipertingkatkan dengan adanya sistem pangkalan
data berkomputer yang mengandungi maklumat-maklumat tentang aduan-aduan orang ramai
terhadap institusi kewangan. Ini membolehkan biro mengendalikan aduan tersebut dengan
lebih pantas.
Biro ini adalah satu jabatan di bawah pentadbiran Bank Negara. Tetapi Biro Pengantaraan
Insurans bukan di bawah pentadbiran Bank Negara. Ia merupakan saluran tambahan untuk
pemegang polisi menyelesaikan pertikaian mereka dengan syarikat insurans yang terlibat.
Biro Pengantaraan Insurans diketuai oleh Pengantara Insurans yang bertanggungjawab ke atas
operasi biro dan beliau melapor kepada pihak majlis yang dikawal oleh lembaga pengarah.
Biro Pengantaraan Insurans mempunyai tataurusan persatuannya sendiri. Buat masa kini, biro
mempunyai seramai 53 ahli yang terdiri daripada syarikat insurans hayat dan am.
Bank Negara menetapkan, skop Biro Pengantaraan Insurans terhad pada tuntutan pemegang
polisi terhadap syarikat insuransnya (tidak termasuk tuntutan pihak ketiga) dan jumlah
maksimum setiap tuntutan adalah RM100,000.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2001&dt=0813&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_04.htm#ixzz44JPZ
aw8u
© Utusan Melayu (M) Bhd

Sponsor Documents

Or use your account on DocShare.tips

Hide

Forgot your password?

Or register your new account on DocShare.tips

Hide

Lost your password? Please enter your email address. You will receive a link to create a new password.

Back to log-in

Close