CA

Published on December 2016 | Categories: Documents | Downloads: 58 | Comments: 0 | Views: 753
of 22
Download PDF   Embed   Report

Comments

Content

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO: 18/2-1132/10 PAPER AND PAPER PRODUCT MANUFACTURING EMPLOYEES' UNION DAN CHEE WAH CORPORATION BERHAD AWARD NO: Di hadapan : 494 OF 2012

Y.A. PUAN RASIDAH BINTI HAJI CHIK - PENGERUSI Encik Suresh Kumar Poosparajah - Panel Majikan Encik Mohd Fauzi bin Ibrahim - Panel Pekerja Mahkamah Perusahaan Malaysia, Cawangan Pulau Pinang 29 September 2010 15 Disember 2010; 17 Januari 2011; 7 Mac 2011; 7 April 2011; 9 Jun 2011; 14 Oktober 2011. 17 Januari 2012 Encik S. Somahsundram bagi pihak Kesatuan Encik Hong Kam Weng dari Tetuan Hong, Cheah & Co bagi pihak Responden

Tempat Tarikh rujukan Tarikh sebutan Tarikh Bicara Perwakilan

: : : : :

Rujukan: Ini adalah satu rujukan oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia, Malaysia di bawah Seksyen 26(2) Akta Perhubungan Perusahaan, 1967 di antara Paper and Paper Product Manufacturing Employees' Union (“Kesatuan”) dan Chee Wah Corporation Berhad (“Syarikat”).

1

AWARD

1. Ini adalah pertikaian yang wujud di antara Chee Wah Corporation Berhad (selepas ini di rujuk sebagai Syarikat) dan Paper & Paper Products Manufacturing Employees’ Union (selepas ini di rujuk sebagai Pihak Kesatuan). Pertikaian ini adalah terhadap Perjanjian Kolektif Ke 4 (4th Collective Agreement) berkaitan dengan termaterma dan syarat-syarat pekerjaan yang terpakai kepada pekerjapekerja dalam lingkungan skop Perjanjian Kolektif tersebut. Aktiviti utama Syarikat ini adalah mengeluar dan menjual bahan-bahan percetakan.

2. Secara ringkasnya peristiwa yang membawa kepada pertikaian ini adalah seperti berikut. Melalui surat bertarikh 21 Mei 2009, Pihak Kesatuan telah mengemukakan cadangan Perjanjian Kolektif untuk tempoh 1 Julai 2009 hingga 30 Jun 2012 kepada Pihak Syarikat. Rundingan secara terus telah diadakan diantara Pihak Kesatuan dan Pihak Syarikat sebanyak dua kali iaitu pada 8 Julai 2009 dan 30 November2009 dimana melalui rundingantersebut, kedua-dua pihak telahpun mencapai persetujuan keatas kebanyakan daripada artikelartikel yang terkandung di dalam cadangan Perjanjian Kolektif tersebut. Walaubagaimanapun persetujuan tersebut telah tidak ditandatangani oleh kedua-dua pihak, dengan itu Perjanjian Kolektif Ke 4 tersebut tidak dapat di selesaikan. Pertikaian ini seterusnya telah di rujuk kepada Y.B Menteri Sumber Manusia di mana pada 29

2

September 2010 Y.B Menteri Sumber Manusia telah merujuk pertikaian ini ke Mahkamah Perusahaan di bawah Seksyen 26(2) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 untuk diselesaikan.

3. Cadangan Perjanjian Kolektif Ke 4 ini mengandungi 47 perkara yang terdiri daripada 46 Article dan Appendix A ( Salary Scale). Pada tarikh perbicaraan, 17 Januari 2012, Mr. Somahsundram, wakil Pihak Kesatuan telah memaklumkan kepada Mahkamah bahawa kedua-dua pihak telahpun mencapai persetujuan keatas 38 Article dan juga Appendix A. Beliau juga memaklumkan bahawa Pihak Kesatuan ingin menarikbalik Article 45. Oleh yang demikian 38 Article dan Appendix A yang telah dipersetujui Award ini. tersebut kini dilampirkan bersama-sama dengan Award ini dan ianya adalah menjadi sebahagian daripada

4. Article - Article yang kini di pertikaikan adalah seperti berikut: i. ARTICLE 20 – PUBLIC HOLIDAYS AND WORK ON PUBLIC HOLIDAYS ii. ARTICLE 21 – SHIFT ALLOWANCE iii. ARTICLE 22 – OVERTIME MEAL ALLOWANCE iv. ARTICLE 23 – ANNUAL LEAVE v. ARTICLE 31 – MEDICAL BENEFITS vi. ARTICLE 33 – RETIREMENT vii. ARTICLE 40 – APPLICATION OF AGREEMENT

3

5.

Sebagai permulaannya ingin dinyatakan di sini bahawa apabila mengendalikan kes-kes yang melibatkan pertikaian perusahaan sepertiini, maka Mahkamah ini sentiasa memperingatkan diri sendiri dengan kuasa-kuasa yang di peruntukkan kepada Mahkamah ini di dalam menyelesaikan kes-kes pertikaian perusahaan tersebut, iaitu Seksyen 30(4), 30(5) dan 30 (6) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (APP 1967).

6.

Setelah mengambil kira perkara-perkara diatas, Mahkamah dengan ini meneruskan dengan artikel-artikel yang di pertikaikan.

ARTICLE 20 – PUBLIC HOLIDAYS AND WORK ON PUBLIC HOLIDAYS 7. Pertikaian yang timbul adalah diatas jumlah cuti kelepasan am (public holiday) yang di berikan kepada pekerja-pekerja. Jumlah cuti kelepasan am yang di berikan di bawah Perjanjian Kolektif yang telah tamat tempoh iaitu Perjanjian Kolektif Ke 3 adalah sebanyak 13 hari. Pihak Kesatuan kini mencadangkan agar semua pekerja diberikan cuti kelepasan am sepertimana yang di wartakan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang iaitu sebanyak 19 hari. Mr. Somahsundram, wakil Pihak Kesatuan didalam hujahan bertulisnya telah membuat perbandingan kelayakan cuti kelepasan am dengan industri-industri yang berhubungan atau serupa. Perbandingan ini dapat dilihat didalam melalui Table 1. Daripada Table 1 ini jelas bahawa Syarikat-Syarikat seperti MUDA PAPER MILLS (KAJANG), MONDI KUALA LUMPUR SDN. BHD. (SELANGOR), KOTAK

4

MALAYSIA (KOM) – MELAKA, MUDA PAPER (PENANG), dan FEDERAL PACKAGES SDN. BHD. (PENANG) telah memperuntukkan cuti kelepasan am mereka adalah berdasarkan semua cuti kelepasan am yang di wartakan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri sementara dua lagi syarikat memperuntukkan cuti kelepasan am sebanyak 18 hari. Berbanding dengan Syarikat-Syarikat di atas, Syarikat hanya mencadangkan tambahan sebanyak satu hari cuti kelepasan am sahaja menjadikan 14 hari. Menurut En. Somahsundram lagi Ini akan mewujudkan ketidaksamarataan cuti kelepasan am di antara pekerjapekerja di dalam industri yang berhubungan atau serupa.

8.

Sebaliknya Pihak Syarikat di dalam Pernyataan Jawapan mereka menyatakan bahawa mengikut keperluan Seksyen 60 D (1) Akta Pekerjaan 1955, Syarikat hanya perlu memperuntukkan 10 hari cuti kelepasan am kepada setiap pekerja. Walaubagaimanapun Pihak Syarikat telah memperuntukkan sebanyak 13 hari cuti kelepasan am dan kini untuk Perjanjian Kolektif Ke 4 Pihak Syarikat bersedia untuk menambah satu hari lagi cuti kelepasan am iaitu Hari Malaysia menjadikan 14 hari. En. Hong Kam Weng, peguam yang mewakili Pihak Syarikat menghujahkan tambahan ini adalah munasabah dan berpatutan. Mengikut beliau lagi cuti kelepasan am yang berlebihan akan menyebabkan peningkatkan kos pengeluaran dan ianya adalah di luar kemampuan pihak Syarikat. Di dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil dan sentiasa turun naik ini, Syarikat perlu mengurangkan kos pengeluarannya bagi mempastikan Syarikat boleh terus bertahan

5

lebih

lama

di

dalam

perniagaannya.

Selanjutnya

beliau

menghujahkan bahawa sekiranya diteliti Perjanjian Kolektif SyarikatSyarikat yang berhubungan atau serupa, yang memberikan cuti kelepasan am sebanyak 18 atau 19 hari, adalah jelas bahawa ianya adalah samada Perjanjian Kolektif yang Ke 7 atau Ke 8. Berbeza dengan pertikaian di hadapan Mahkamah ini, di mana Perjanjian Kolektif ini adalah hanya Perjanjian Kolektif yang Ke 4 sahaja. Dengan itu tambahan satu hari lagi bilangan cuti kelepasan am yang dinikmati oleh pekerja-pekerja sekarang menjadikan 14 hari adalah munasabah dan berpatutan. Adalah tidak wajar pada peringkat ini untuk bilangan cuti kelepasan am tersebut di naikkan sehingga ke 18 atau 19 hari kerana peningkatan sebegini adalah begitu mendadak dan terlalu drastik.

9.

Mahkamah bersetuju sepenuhnya dengan hujahan peguam Pihak Syarikat dan berpendapat bahawa tambahan satu (1) hari cuti kelepasan am menjadikan empat belas (14) hari adalah munasabah dan berpatutan.

ARTICLE 21 – SHIFT ALLOWANCE 10. Pihak Kesatuan di dalam Pernyataan Kes mereka menyatakan bahawa clause (1) dan (2) kepada Artikel 21 ini adalah di kekalkan sepertimana yang terkandung didalam Perjanjian Kolektif Ke 3. Apa yang menjadi pertikaian kini hanyalah clause (3) sahaja dimana mereka mencadangkan agar clause (3) ini yang berkaitan dengan 6

kuantum pembayaran dipinda dan juga di tambah untuk pembayaran elaun bagi shift pagi. Mengikut Artikel 21(c) Perjanjian Kolektif Ke 3, kadar bayaran untuk shift allowance adalah seperti berikut:

i)

Morning Shift

- Nil - RM 4.00 per day - RM 7.50 per day

ii) Afternoon Shift Iii) Night Shift

Kini pihak Kesatuan mencadangkan bayaran seperti berikut: i) Morning Shift - RM 1.00 per shift day - RM 5.00 per shift day - RM 8.50 per shift day. didalam hujahannya

ii) Afternoon Shift iii) Night Shift

11. Wakil Pihak Kesatuan, En Somahsundram

menyatakan cadangan pihak Kesatuan adalah untuk kenaikan sebanyak RM 1.00 sahaja bagi “afternoon shift” dan “night shift”. Selain daripada itu Pihak Kesatuan juga memohon agar Pihak Syarikat membayar elaun untuk pekerja shift pagi. Ini adalah kerana mengikut beliau ahli-ahli Kesatuan yang bekerja shift pagi telah memohon agar bayaran elaun untuk shift pagi diperkenalkan memandangkan mereka yang bekerja pada shift pagi terpaksa menghadapi pelbagai kesulitan termasuklah isteri-isteri mereka yang perlu bangun seawal jam 4.00 pagi untuk menyediakan sarapan kepada mereka. Selanjutnya menurut beliau lagi pertambahan RM1.00 untuk elaun shift tengahari dan malam (afternoon and night shift) adalah munasabah dan selaras dengan pembayaran elaun oleh syarikat-syarikat lain di dalam industri

7

yang berhubungan atau serupa. Wakil Pihak Kesatuan telah membuat perbandingan dengan syarikat-syarikat lain di dalam industri yang berhubungan atau serupa dimana daripada perbandingan tersebut dapat dilihat MONDI KUALA LUMPUR SDN. BHD.(SELANGOR) ada memberi elaun untuk shift pagi.

12. Peguam bagi pihak Syarikat pula sebaliknya menghujahkan tuntutan untuk pembayaran elaun bagi shift pagi sepertimana yang di tuntut oleh Pihak Kesatuan adalah tidak munasabah dan sesuatu yang remeh (frivolous). Ini adalah kerana tiada sebarang kesulitan yang timbul bagi pekerja-pekerja shift pagi. Mengikut beliau tujuan pembayaran elaun shift adalah semata-mata untuk kesulitan yang terpaksa dialami oleh pekerja apabila pekerja terpaksa bekerja pada waktu yang lewat. Seterusnya beliau menambah untuk memohon kenaikan elaun bagi shift tengahari dan malam, Pihak Kesatuan perlulah memberikan justifikasi pertambahan kepada kesulitan dengan menunjukkan wujudnya dan kesukaran (additional

inconvenience and hardship) dari masa perjanjian Kolektif terdahulu.

13.

Setelah meniliti dan mendengar hujahan-hujahan dari Pihak Kesatuan dan Pihak Syarikat, membuat perbandingan dengan syarikat-syarikat di dalam industri yang berhubungan atau serupa, maka Mahkamah berpendapat bahawa tuntutan Pihak Kesatuan untuk tambahan elaun bagi shift pagi tidak sepatutnya di benarkan. Ini adalah kerana jelas dapat dilihat dari perbandingan yang di buat

8

oleh wakil Pihak Kesatuan, syarikat-syarikat seperti MUDA PAPER MILLS (KAJANG), MUDA PAPER MILLS (PENANG), NIBONG TEBAL PAPER MILL (PENANG), FEDERAL PACKAGES SDN.BHD.(PENANG) dan KIMBERLY CLARK PRODUCTS SDN.BHD. (JOHOR) tidak membuat apaapa peruntukan untuk pembayaran elaun bagi kerja shift pagi. Mahkamah juga tidak bersetuju dengan dengan hujahan dari wakil Pihak Kesatuan yang menyatakan wujudnya kesusahan kepada pekerja-pekerja apabila mereka perlu bekerja pada shift pagi. Tujuan pembayaran elaun shift ini sebenarnya adalah untuk kesusahan yang terpaksa di alami oleh pekerja apabila mereka perlu bekerja pada waktu yang lewat. Pihak Kesatuan telah gagal untuk menunjukkan adanya kesusahan yang terpaksa dihadapi oleh pekerja apabila mereka bekerja pada shift pagi. Selanjutnya Mahkamah mendapati cadangan Pihak Kesatuan untuk elaun shift petang dan malam di naikkan sebanyak RM 1.00 adalah munasabah. Sepertimana yang di nyatakan sebelum ini tujuan pembayaran elaun ini adalah untuk kesusahan yang terpaksa dialami oleh pekerja kerana sekiranya mereka tidak perlu bekerja pada waktu sebegini, maka sudah tentu mereka boleh makan di rumah masing-masing.

14. Di dalam memberikan Award ini Mahkamah sentiasa mengingatkan diri sendiri akan peruntukan-peruntukan seksyen 30(4) dan 30(5) APP 1967 dan setelah mengambil kira kepentingan awam, implikasi kewangan dan bertindak mengikut ekuiti dan perasaan nurani, maka Mahkamah menolak cadangan Pihak Kesatuan untuk mewujudkan

9

pembayaran elaun tambahan iaitu untuk elaun shift pagi. Walaubagaimanapun Mahkamah berpendapat cadangan Pihak Kesatuan untuk tambahan elaun bagi shift petang dan malam sebanyak RM 1.00 dari kadar yang sedia ada sekarang adalah adil dan munasabah dan dengan itu cadangan Pihak Kesatuan untuk penambahan bayaran elaun bagi shift petang dan malam adalah di benarkan.

ARTICLE 22 – OVERTIME MEAL AND ALLOWANCE 15. Pihak Kesatuan di dalam hujahannya telah menyatakan cadangan pindaan Pihak Kesatuan adalah untuk pertambahan RM 1.00 berbanding dengan kadar sekarang. Sebaliknya Pihak Syarikat memohon agar kadar yang sedia ada sekarang dikekalkan dan menyatakan pertambahan yang dituntut oleh Pihak Kesatuan ini adalah tidak munasabah dan tanpa sebarang justifikasi.

16. Mengikut peguam Pihak Syarikat, pekerja-pekerja yang bekerja lebihmasa telahpun di bayar sepertimana yang diperuntukkan oleh undang-undang. Pihak Syarikat sebenarnya tidak bertanggungan untuk membayar apa-apa elaun makan setelah keperluan undangundang tersebut dipatuhi. Selanjutnya peguam Pihak Syarikat menghujahkan memandangkan bayaran elaun ini adalah budibicara Syarikat, maka Pihak Kesatuan sepatutnya membenarkan Syarikat menggunakan budibicara mereka di dalam pembayaran insentif ini.

10

17. Mahkamah bersetuju dengan cadangan Pihak Kesatuan untuk elaun ini di naikkan dan membenarkan cadangan Pihak Kesatuan kerana Mahkamah berpendapat cadangan ini adalah munasabah. Sepertimana yang kita maklum tujuan elaun tersebut di bayar adalah sebagai bayaran balik kepada pekerja yang perlu mengeluarkan belanja untuk makan dimana pekerja perlu makan di luar apabila melakukan kerja lebih masa. Sekiranya mereka tidak bekerja lebihmasa, sudah tentu pekerja-pekerja ini boleh makan di rumah mereka dan dengan itu mereka tidak perlu mengeluarkan belanja untuk makan. Setelah mengambil kira kepentingan awam dan implikasi kewangan dan pada masa yang sama bertindak mengikut ekuiti dan perasaan nurani maka Mahkamah berpendapat kenaikan elaun ini sebanyak RM 1.00 dari kadar sekarang adalah wajar dan munasabah. Untuk tujuan ini Mahkamah ingin merujuk kepada kes Cerebos (M) Sdn. Bhd. v Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkilangan Perusahaan Makanan, Award No. 190 of 1997, di mana Y.A. Pengerusi telah menyatakan: “The Court feels that the more relevant factors to be considered are the purpose of the allowance and the provisions of the Act. The purpose of the allowance must be to reimburse the cost of reasonable meals which employees are forced to take outside their homes as a result of working overtime. If the employees do not work overtime they would have gone home to have their meals. The Act enjoins the Court to have regard to public interest the financial implications and the effect of the award on the economy of the country and on the industry concerned and the probable effect in related or similar industries and to act

11

according to equity, good conscience and substantial merits of the case.”

ARTICLE 23 – ANNUAL LEAVE 18. En. Somahsundram di dalam hujahannya memaklumkan kepada Mahkamah bahawa hanya clause (a) kepada Article 23 yang berkaitan dengan bilangan cuti yang dipertikaikan, sementara clause (b),(c),(d), (e) dan (f) adalah dikekalkan sepertimana perjanjian terdahulu. Pihak Kesatuan mencadangkan cuti tahunan di tambah selama 2 hari lagi dari apa yang di peruntukkan sekarang. Sebaliknya Pihak Syarikat telah mencadangkan tambahan satu (1) hari sahaja. Mengikut Pihak Syarikat tambahan satu hari ini adalah adil dan munasabah. Setelah melihat kepada jadual perbandingan yang di sediakan oleh Pihak Kesatuan, Mahkamah mendapati syarikat-syarikat dalam industri yang berhubungan atau serupa seperti MUDA PAPER MILLS (KAJANG) dan MUDA PAPER MILLS (PENANG) kelayakan cuti tahunan mereka adalah hampir sama seperti yang di cadangkan oleh Pihak Syarikat. Oleh itu bertindak mengikut seksyen 30(4) dan 30(5) APP 1967 Mahkamah menerima cadangan Pihak Syarikat dan dengan itu membenarkan tambahan cuti tahunan sebanyak satu (1) hari dari apa yang terpakai sekarang bagi setiap kategori.

12

ARTICLE 31 – MEDICAL BENEFITS 19. Untuk faedah perubatan ini apa yang di pertikaikan hanyalah terhadap clause (1) sahaja iaitu berkaitan dengan jumlah atau kuantum yang sepatutnya di benarkan. Mengikut perjanjian yang terpakai sebelum ini, jumlah faedah perubatan yang di peruntukkan adalah RM 3000.00. Pihak Kesatuan pada mulanya di dalam Pernyataan Kes mereka mencadangkan jumlah ini di naikkan ke RM 5000.00. Walaubagaimanapun semasa kes ini di bicarakan wakil Pihak Kesatuan di dalam hujahannya, En. Somahsundram mencadangkan faedah ini di naikkan kepada RM 4000.00 sahaja. Mengikut beliau walaupun dapat dilihat dari jadual perbandingan yang di sediakan oleh beliau, syarikat-syarikat dalam industri yang berhubungan atau serupa seperti MUDA PAPER (PENANG),MUDA PAPER (KAJANG) dan FEDERAL PACKAGES peruntukan faedah perubatan ini nampak rendah namun terdapat clause yang yang menyatakan “ as the past practice, the Company will consider in granting the ward charges, medicine, surgical or specialist fees that exceed RM 1500.00 on a case to case basis depending on the merit of each case at the discretion of the Company.”

Jadi jelas di sini walaupun faedah perubatan yang di peruntukkan adalah antara RM 1500.00 ke RM 2000.00 sahaja tetapi SyarikatSyarikat tersebut akan mempertimbangkan untuk membayar segala kos lain mengikut budibicara Syarikat.

13

Pihak Syarikat sebaliknya memohon agar peruntukan sediada dikekalkan memandangkan peruntukan yang diberikan oleh Syarikat sekarang ini adalah agak tinggi berbanding dengan syarikat-syarikat lain didalam industri yang berhubungan atau serupa.

20. Mahkamah bersetuju dengan cadangan Pihak Kesatuan untuk faedah perubatan ini di naikkan ke RM 4000.00. Didalam mencapai keputusan ini Mahkamah telah mengambil kira peningkatan kos perubatan sekarang ini dan setelah membuat perbandingan dengan syarikatsyarikat di dalam industri yang berhubungan atau serupa serta bertindak dengan ekuiti dan perasaan nurani, Mahkamah berpendapat cadangan Pihak Kesatuan adalah munasabah dan berpatutan dengan itu Mahkamah membenarkan cadangan Pihak Kesatuan untuk faedah perubatan di naikkan ke RM 4000.00.

ARTICLE 33 – RETIREMENT 21. Apa yang menjadi pertikaian di sini hanyalah terhadap clause (3) kepada Article 33 sahaja yang berkaitan dengan kuantum faedah persaraan. Pihak Kesatuan mencadangakan agar faedah persaraan ini di naikkan sebanyak 1% lagi dari apa yang di persetujui sebelum ini menjadikan 2.75%. Wakil Pihak Kesatuan, En. Somahsundram di dalam hujahannya telah menghujahkan bahawa cadangan ini adalah munasabah dan berpatutan setelah mengambil kira faedah persaraan yang di berikan oleh industri yang berhubungan atau serupa. Beliau

14

juga telah merujuk Code Of Conduct for Industrial Harmony yang memperuntukkan bahawa: Security of Employment 19. In security of employment and fear of the consequences of redundancy and retirement have a major influence on attitudes to work and good industrial relations. Consistent with the efficiency and success of the undertaking, the employer should provide greatest possible stability in terms of job tenure. The employer should also, where practicable : a. Offer prospects for advancement and promotion within the undertaking with opportunities for any necessary training; and b. Provide retirement, retrenchment and sick pay schemes to supplement statutory provisions.

Pada masa yang sama beliau juga merujuk kepada kes Non – Metallic Mineral Products Manufacturing Employees Union & Ors v South East Asia Fire Bricks Sdn Bhd [1983] 1 ILR 71 di mana Y.A Raja Azlan Shah, Hakim Mahkamah Persekutuan ketika itu, telah menyatakan: “The Act intended to be self-contained. It seeks to achieve social justice on the basis of collective bargaining, conciliation and arbitration. Awards are given in circumstances peculiar to each dispute and the Industrial Court is to large extent free from the restrictions and technical consideration imposed on ordinary court.”

22. Pihak Syarikat sebaliknya menyatakan bahawa bagi tujuan faedah persaraan, mereka hanya mempunyai tugas dan obligasi statutori 15

seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991. Jumlah wang yang di bayar sekaligus sekarang ini adalah insentif mengikut budibicara Pihak Syarikat selain daripada keperluan statutori yang telahpun di penuhi oleh Pihak Syarikat. Pihak Kesatuan dengan itu sepatutnya membenarkan Pihak Syarikat menggunakan budibicara mereka di dalam menentukan jumlah bayaran tambahan ini kerana apa-apa kenaikan yang tidak wajar akan menyebabkan Syarikat mengalami implikasi kewangan.

23.

Walaubagaimanapun Mahkamah berpendapat bahawa kadar sekarang adalah agak rendah dan dengan itu bertindak mengikut ekuiti dan perasaan nurani, Mahkamah sebulat suara bersetuju dengan cadangan pihak Kesatuan dan membenarkan permohonan Pihak Kesatuan.

ARTICLE 40 – APPLICATION OF AGREEMENT

24. Untuk maksud Article ini wakil Pihak Kesatuan di dalam hujahannya menyatakan prinsip dan garis panduan berkaitan dengan “salary conversion” telahpun dinyatakan dengan jelas didalam kes Malaysian Commercial Banks Association v National Union of Bank Employees Award No. 117 of 1982 iaitu : “In private sector, salaries are reviewed once every three years. Whether the increase sought are on grounds of an increase of cost of living, the review should be based on the increase that 16

has actually taken place since the last review in order to determine what salaries should be paid during the next three years.” 25. Selanjutnya di dalam kes yang sama juga telah di putuskan: “ In determining the new salaries, however, no account should be taken of possible increases that might occur during the next three year period. There are two reasons why we should not take into account future possibilities. Firstly, it is difficult to predict the future. If the practice is allowed, it may well be argued that the economic forecast is a downward trend, recession, even depression in which even, salaries should be reduced not increased. Secondly if current salaries already include an element of inflation in future, the salary levels of the past should be discounted to the extend of the forecast.”

26. Mengikut En. Somahsundram, kajian semula gaji kali terakhir telah di buat pada Julai 2006 dan memandangkan tarikh berkuatkuasa adalah 1 April 2010, maka pengiraan adalah seperti berikut : 113 (CPI Mac 2010) – 103.9 (CPI Julai 2006 x 100% 103 2/3 x 8.75% = 5.83% 60% x 8.75% = 5.25% 27. Pihak Kesatuan mencadangkan “salary adjustment” sebanyak 9% memandangkan Pihak Syarikat mampu membayar kenaikan sebanyak 31% sebagai ganjaran (remuneration) kepada semua Pengarah di 17 = 8.75%

antara tahun 2009 – 2010. Berdasarkan kepada fakta ini maka sudah tentu Syarikat mampu untuk membayar lebih dari 2/3.

28.

Pihak Syarikat sebaliknya bersetuju dengan “salary adjustment” berdasarkan perkiraaan yang di buat seperti di atas dan bukan 9% seperti yang di tuntut oleh Pihak Kesatuan. Pihak Syarikat di dalam Pernyataan Jawapan mereka menyatakan mereka bersetuju dengan prinsip dan garis panduan yang di nyatakan di dalam Award No. 117 of 1982 tersebut, dan di para 51.1 Pernyataan Jawapan dinyatakan : “However, there must be a rational basis following wage fixation principles taking into consideration the percentage of increase in the CPI. It is stated that the quantum of wages must be so fixed that the employer is left a fair return on his capital and is allowed a fair allocation to reserves and depreciation so as to keep the industry in a healthy condition. In no case should the burden of increased rate of wages be such as to drive the employer out of business.”

29. Mahkamah mendapati tuntutan Pihak Kesatuan sebanyak 9% adalah terlalu tinggi dan sekiranya jumlah ini di benarkan, maka sudah tentu ianya akan membebankan Pihak Syarikat dari segi implikasi kewangan dan ini sudah tentu akan menjejaskan operasi Syarikat dan ini seterusnya akan memberi kesan kepada pekerja-pekerja. Mahkamah setelah mengambilkira fakta bahawa “salary adjustment” kali yang terakhir di buat dalam tahun 2006, sebulat suara memutuskan “salary adjustment” di naikkan sebanyak 6%. Keputusan ini di capai setelah merujuk kepada “salary adjustment” yang di peruntukkan oleh 18

Syarikat-Syarikat lain di dalam industri yang berhubungan atau serupa.

KESIMPULAN 30. Sebagai kesimpulan sekali lagi ingin ditegaskan disini bahawa Mahkamah didalam memberikan award ini telah mengambilkira peruntukan seksyen 30(4) APP 1967 iaitu “hendaklah memberi perhatian kepada kepentingan awam, implikasi-implikasi kewangan dan kesan award itu ke atas ekonomi negara dan ke atas industri berkenaan dan juga kesan yang mungkin terhadap industri yang berhubungan atau serupa. Selain daripada itu Mahkamah juga telah bertindak mengikut ekuiti, perasaan nurani dan merit kes yang substantial (seksyen 30(5) APP 1967). Ingin juga di tekankan di sini bahawa keputusan-keputusan yang di capai bagi award ini adalah secara sebulat suara.

DIPERTURUNKAN PADA HARI INI 18HB APRIL 2012. t.t. (RASIDAH BINTI HAJI CHIK) PENGERUSI MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG

19

20

21

22

Sponsor Documents

Or use your account on DocShare.tips

Hide

Forgot your password?

Or register your new account on DocShare.tips

Hide

Lost your password? Please enter your email address. You will receive a link to create a new password.

Back to log-in

Close