Kokurikulum Olahraga

Published on July 2016 | Categories: Types, School Work | Downloads: 496 | Comments: 0 | Views: 468
of 12
Download PDF   Embed   Report

Comments

Content

INSTITUTE OF TEACHER EDUCATION PENANG CAMPUS PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) AMBILAN KHAS FEB 2013 (MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH)

KOKURIKULUM OLAHRAGA (WAJ3112)

Tajuk: Pengenalan Olahraga

DISEDIAKAN OLEH: REVATHI A/P MUTHUSAMY

Sejarah Olahraga
Olahraga adalah acara pertandingan berbentuk aktiviti fizikal berasaskan pergerakan-pergerakan semulajadi seperti larian, lompatan dan balingan. Pada zaman klasik olimpik kuno, acara olahraga agak keras, lebih mencabar dan tidak tersusun. Lamakelamaan ia menjadi teratur sehinggalah pada tahun 1896 apabila bermulanya Sukan Olimpik Moden pertama di Athens dan diikuti dengan tertubuhnya Pertubuhan Olahraga Amatur Antarabangsa atau IAAF pada tahun 1912. Setelah itu, sukan olahraga telah diubahsuai dan diperkembangkan secara lebih sistematik sehingga masa kini.

Asal Usul Perkembangan Olahraga
Acara sukan pertama yang diadakan di Olimpik (776 SM). Semasa era klasik Eropah, terdapat beberapa pertandingan sukan yang telah diklasifikasikan dalam sukan olahraga seperti berikut:• Sukan Panhellenic
- SukanPythian (diasaskan pada 527 SM) di Delphi yang diadakan setiap 4 tahun. - Sukan Nemean (diasaskan pada 516 SM) di Argolid yang diadakan setiap 2 tahun. - Sukan Isthmian (diasaskan pada 523 SM) di CorinthIsthmus setiap 2 tahun.

• Sukan Rom - acara olahraga khusus kpd lumba kaki, melontar, lumba kuda, bergusti dan pertempuran gladiator.

Perkembangan Olahraga di Malaysia
a. Negara kita juga tidak ketinggalan menubuhkan persatuan olahraga sendiri sejak tahun 1906 di Ipoh. Kejohanan olahraga yang pertama (Ipoh Athletic Sports) diadakan di negara kita adalah di antara tahun 1906 hingga 1913 oleh kelab-kelab orang Eropah di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. b. Kesatuan Olahraga Amatur Persekutuan Malaya (FMAAU) ditubuhkan pada 1952). c. Kejohanan Olahraga Kebangsaan yang pertama berlangsung di Seremban pd tahun 1960 (Rekod kebangsaan pertama). d. Dengan pembentukan Malaysia FMAAU telah ditukar kepada Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (MAAU).

Perkembangan Olahraga di Malaysia
e. Negara kita mula mengambil bahagian dalam sukan olimpik pada tahun 1956, iaitu ketika sukan Olimpik Melbourne, Australia. Dalam penyertaan kali pertama ini, Malaysia telah menyertai acara hoki, olahraga, renang dan angkat berat. Sejak itu, negara kita tidak pernah gagal mengambil bahagian,kecuali pada tahun 1980 sebagai menyokong pemulauan disebabkan pencerobohan tuan rumah Rusia ke atas Afghanistan ketika itu. f. Sepanjang penyertaan negara kita dalam sukan terbesar di dunia ini, cuma satu pingat gangsa yang mampu dimenangi, iaitu menerusi acara badminton dalam Sukan Olimpik 1992 yang pertama kali memasukkan badminton sebagai salah satu acara. Dalam acara atau sukan lain, kita masih belum memenangi sebarang pingat.

Perkembangan Olahraga Diperingkat Antarabangsa
a. Menjelang abad ke-19 barulah timbul ura-ura untuk menghidupkan semula Sukan Olimpik yang sekian lama berkubur. b. Dalam pada itu terdapat pula usaha negaranegara lain selain daripada Greek yang mula menunjukkan minat untuk menghidupkan semula sukan olahraga. Di England umpamanya, olahraga berjaya dihidupkan kembali oleh Royal Military College menerusi temasya sukan yang diadakan pada tahun 1812. Perjumpaan sukan itu dianggap sebagai yang pertama diadakan selepas berkuburnya Sukan Olimpik Kuno.

Perkembangan Olahraga Diperingkat Antarabangsa
c. Perkembangan seterusnya ialah ke negara-negara Eropah yang lain, selain Kepulauan Inggeris. Selanjutnya, olahraga juga turut diperkenalkan ke beberapa negara dunia lain. d. Sementara itu di negara-negara lain turut diadakan perjumpaan olahraga yang turut disertai oleh peserta-peserta luar negara. Malah menerusi persatuan-persatuan olahraga masing-masing. Mereka menjadikan perjumpaan olahraga sebagai perjumpaan tahunan yang diadakan dengan meriah dan menggalakkan

Perkembangan Olahraga Diperingkat Antarabangsa
e. Australia dan New Zealand juga berjaya melahirkan ahliahli olahraga yang mampu menandingi peserta dari negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat. Ahli-ahli olahraga dari Asia, Afrika dan Amerika Selatan ketika itu masih belum mampu menggugat atau menandingi peserta-peserta tersebut, walaupun sukan olahraga sudah diperkenalkan ke negara-negara tersebut. Hanya selepas tahun 1960-an barulah muncul peserta-peserta dari tiga kawasan dunia ini yang mampu menandingi dan memberikan saingan. Namun begitu prestasi yang ditunjukkan masih belum mampu menggugat penguasaan ahli-ahli olahraga dari ketiga-tiga rantau ini. Afrika, Amerika Selatan dan Asia kini telah menunjukkan prestasi yang baik dan memenangi beberapa acara sejak kebelakangan ini.

Olahraga Tertutup
 



Diadakan semasa musim sejuk dan musim bunga. Dalam acara balapan hanya sama dengan kejohanan luar kecuali untuk acara 100 m, 110 m/100 m berpagar (digantikan dengan 55 atau 60 m pecut dan 55 atau 60 m berpagar dalam kebanyakan peringkat, 10,000 m jalan kaki dan 3,000 m lari berhalangan, 400 m berpagar. Dalam acara padang pula, hanya mempertandingkan lompat tinggi, lompat galah, lompat jauh, lompat kijang, dan lontar peluru (lemparan berat).

Olahraga Luar






Diadakan semasa musim bunga dan berakhir pada musim panas. Kebanyakan trek adalah berbentuk bujur 400 meter dalam lilitan. Trek biasanya terdiri daripada 6 – 10 buah lorong. Semua acara boleh dipertandingkan dalam jenis olahraga luar ini.

SEKIAN, TERIMA KASIH

Sponsor Documents

Or use your account on DocShare.tips

Hide

Forgot your password?

Or register your new account on DocShare.tips

Hide

Lost your password? Please enter your email address. You will receive a link to create a new password.

Back to log-in

Close