Reflektif Program

Published on July 2021 | Categories: Documents | Downloads: 1 | Comments: 0 | Views: 60
of 6
Download PDF   Embed   Report

Comments

Content

 

REFLEKTIF PROGRAM  Assalammualaikum w.b.t. Pertama sekali saya panjatkan rasa syukur kepada Allah swt

kerana

telah

memberi

kelapangan

dan

sihat

tubuh

badan

untuk

menyempurnakan kerja yang telah diamanahkan kepada saya dan rakan-rakan. Kami telah diamanahkan diamanahkan untuk membuat satu Program Bina In Insan san Guru iaitu satu program ceramah satu Program Gotong royong. Dalam Program Bina Insan Guru (BIG) ini saya berharap agar terus diberi kekuatan untuk melaksanakan segala program Institusi yang akan datang. Juga tidak lupa juga saya ucapkan di sini rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada para pensyarah yang telah memberi semangat serta bimbingan kepada saya semasa program BIG itu berjalan, sehingga ke akhirnya tanpa berlaku sesuatupun perkara yang tidak diingini.Program yang dirancang adalah seperti berikut: Program BIG Fasa 2/2012 1. Aktiviti kemasyarakatan: Jenis aktiviti : Gotong royong Tarikh : 18 September 2012 Hari : Selasa Lokasi : Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, IPGKDA 2. Ceramah dan bengkel: Tajuk : Guru Dan Hubungan Komuniti Tarikh : 10 September 2012 Hari : Isnin Tempat : Masjid Annur Institut Pendidikan Kampus Darul aman

Program Bina Insan Guru (BIG) adalah hasil gabungan daripada aktiviti yang terancang dari segi pengurusan masa, kewangan dan perlu melalui beberapa peringkat iaitu sebelum program dijalankan, semasa program dijalankan dan selepas program BIG dijalankan. Proses untuk menyiapkan sesuatu program seperti ini akan mengambil masa dan bermula d dari ari p peringkat eringkat

awal penubuhan jawatankuasa

sehingga kepada mesyuarat post-mortem bagi menilai keberkesanan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

 

  Program BIG ini sebenarnya telah memantapkan jati diri dan semangat kerjasama berpasukan yang kuat dan patut diteruskan dan dikembangkan lagi. Pada kali ini kumpulan saya PISMP Pendidikan Pemulihan kumpulan 2 semester 2

telah

memilih program Aktiviti Gotong Royong sebagai aktiviti kemasyarakatan dan ceramah yang bertajuk “Guru Dan Hubungan Komuniti’  Komuniti’   sebagai syarat pro-forma yang telah ditentukan .Ianya telah memberi banyak makna dan kesan yang positif terhadap sikap dan nilai murni terhadap ter hadap diri sendiri dan persekitaran.

Aktiviti Kemasyarakatan (Aktiviti Gotong Royong)

Pada 18 September 2012, saya telah mengikuti satu kerja kemasyarakatan iaitu aktiviti gotong royong yang bertempat di Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Institut Pendidika Pendidikan n Kampus Darul aman (IPGKD (IPGKDA). A). Program ini telah dihadiri oleh semua pelajar PISMP Pendidikan Pemulihan 2 semester 2 dimana melibatkan hampir 20 orang pelajar. Program ini diketuai oleh Syahmi Asyraf Bin  Ahmad Sa’ali pengerusi bagi program gotong royong ini. ini. Program ini dibahagikan kepada beberapa beberapa sesi iaitu sesi sesi goton gotong g royong,dan sesi meng mengumpul umpul barang elektronik yang terbuang daripada setiap jabatan yang ada di IPGKDA ini.

Sepanjang saya mengikuti program ini, begitu banyak perkara yang sempat saya pelajari sama ada secara langsung atau tidak langsung. Pada pukul 8.00 pagi lagi AJK peralatan dan AJK makanan berkumpul di bangunan Gerko untuk menjalankan tugas pertama mereka antaranya ialah mengambil barang-barang seperti penyapu, bulu ayam, kain, baldi dan lain-lain untuk peralatan semasa gotong royong nanti manakala AJK makanan mengambil makanan untuk sarapan pagi bagi kesemua peserta. Setelah selesai bersarapan pagi, kami semua berkumpul di hadapan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Kami membuat sedikit ice breaking untuk memberi penjelasan tentang tentatif serta kerja yang bakal kami lakukan. Stafstaf jabatan ini telah memberi tugas kepada kami dan tugasan pertama yang

 

diberikan oleh mereka ialah mengumpul barang elektronik yang tidak digunakan daripada setiap jabatan yang ada di IPGKDA ini. Staf bertugas telah mengiringi kami untuk membantu sedikit sebanyak supaya menjadi pembimbing kami. Bermula daripada Jabatan Hal ehwal Pelajar hingga ke Jabatan Gerko kami pergi untuk menjalankan misi tersebut. Akhirnya dengan semangat kerjasama dikalangan kami semua, Alhamdulilah kami dapat mengumpul beberapa barang elektronik yang terbuang daripada semua jabatan untuk dibawa ke Jabatan TMK. Selepas itu, kami berehat sekejap untuk makan makanan ringan yang dibekalkan oleh pihak atasan. Selepas berehat kami meneruskan tugasan yang kedua iaitu bergotong royong membersihkan lapan makmal Komputer yang terdapat di Jabatan TMK. Dengan semangat kerjasama dan saling membantu sesama lain, kami telah berjaya membersihkan kelapan-lapan makmal komputer tersebut dengan lancar tanpa sebarang masalah yang timbul. Semasa kami bergotong royong tersebut kami terpaksa mengalami sedikit kesulitan iaitu kami terpaksa menunggu makmal tersebut kosong kerana aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) sentiasa berlangsung diantara kelapan-lapan makmal tersebut dan dengan kesabaran yang tinggi kami mampu menyiapkan tugasan tersebut.

Seteleh kesemua tugasan selesai kami bertanya kepada staf bertugas sama ada terdapat lagi tugasan atau sebaliknya. Staf sokongan tersebut mengizinkan kami semua bersurai setelah semua tugasan selesai dan mengikut masa yang telah ditetapkan.

Sepanjang menjalankan kerja-kerja amal di Jabatan TMK ,kami telah dibantu oleh beberapa staf staf sokongan d dan an mentor kami .Mereka telah banyak memberikan kami semangat serta panduan dalam menjalankan sebarang kerja semasa di Jabatan TMK tersebut.Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak yang telah terlibat pada BIG kali ini.Diharapkan agar program sebegini mampu mengukuhkan jati diri saya dan juga rakan-rakan yang lain dalam menghadapi cabaran dalam bidang perguruan kelak. Diharapkan juga agar program sebegini diteruskan dari masa ke semasa.

Ceramah (Guru Dan Hubungan Komuniti)

 

  Program BIG yang berikutnya adalah program ceramah yang telah dijalankan pada hari Isnin 10 September 2012 iaitu bermula dari jam 2.00 petang hingga 5.00 petang. Program ini telah diadakan di Masjid Annur IPG Kampus Darulaman. Dalam menjayakan program ini, ianya telah memberikan pengalaman yang amat baik kerana kami PISMP Pendidikan Pemulihan 2 telah bergabung untuk menganjurkan program ceramah ini dengan empat kelas yang lain iaitu kelas pendidikan Islam 1 dan 2, pendidikan Pemulihan 3 dan Pendidikan bahasa Inggeris (TESL). Dimulakan dengan kertas kerja dan surat-surat tertentu telah memberi m emberi kami semua pengalaman dan pengetahuan yang amat penting.

Tentatif program telah berjalan lancar mengikut seperti yang dirancang. Program ini bermula pada jam 2.00 petang dimana semua peserta seramai 101 orang mendaftar di meja urus setia yang bertugas. Selepas itu, tepat jam 2.30 program ceramah ini dimulakan. Program ini dimulakan dengan doa yang dibacakan oleh pelajar PISMP pendidikan Islam dan diikuti dengan ucapan daripada Pengurus Program Encik Mohd Sofi b Haji Md Akhir Ahli Jawatan Kuasa Induk Program dan pengerusi program Mohamad Rihaz b Abd Razak. Penceramah jemputan yang bertanggungjawab memberi ceramah bertajuk Guru dan Hubungan Komuniti ini ialah Ustaz Nik Aimran Nik Mat merupakan pendidik daripada SMK Agama Kedah, Lebuhraya Sultanah Bahiyah Alor Setar. Beliau telah memberi ceramah dengan baik dan berkesan. Sebagai seorang pendidik, saya dapati ceramah berkaitan program ini amat penting sekali bagi diri saya dan sahabat-sahabat. Cemerlangnya seseorang guru itu tidak terbatas kepada kebolehannya melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan berkesan. Ia juga akan diukur kepada kualiti peribadi yang tinggi menjadi ikutan, rujukan dan contoh kepada pelajarnya. Ketinggian kualiti peribadi guru boleh dijadikan pemangkin kecemerlangan sesebuah sekolah melalui usaha mereka menyediakan pelajar sebagai modal insan. Guru mestilah mampu mengimbangi antara kehendak masyarakat dengan tanggungjawab hakikinya sebagai pendidik iaitu meningkatkan m eningkatkan potensi profesionalismenya dan pada masa

yang

sama

menangani

rutin

pentadbiran

memaksimakan pembelajaran anak didiknya. 

yang

dihadapinya

serta

 

Ceramah ini telah banyak memberi pengetahuan kepada saya iaitu guru ini bukan sekadar untuk mendidik sahaja bahkan guru ini juga sebagai Al-mu'allim (menyampaikan ilmu yang benar) ,Al-murabbi (menjayakan proses tarbiah) ,Almu'addi (mengajarkan (mengajarkan adab da dan n budi p pekerti), ekerti), Al-mursyid (membentuk kep kepimpinan impinan insan), Al-mudarris (menitipkan pelajaran dan kemahiran) dan Qdwatun hasanah (beri contoh yang baik). Ilmu membentuk keperibadian yang tinggi (bersih dan suci) serta minda yang terbuka. Semua itu diadun dari curahan ilmu dari guru dan pendidik yang mengajar. Ilmu ibarat mutiara yang bernilai tinggi apalagi ilmu yang bersangkutan dengan ilmu ketuhanan.Tugas

dan

tanggungjawab

guru

bukan

hanya

mendidik

malah

membimbing pelajar ke jalan kebenaran, ke jalan takwa dan menunjuk jalan akhirat. Guru hendaklah menyedari bahawa tugas mendidik anak bangsa merupakan suatu amanah Allah Taala yang tidak boleh disia-siakan. Guru juga mengamalkan konsep kerjayanya sebagai suatu ibadah dalam melaksanakan prinsip-prinsip prinsip-prinsip “Maqasid Assyariah” (menjaga, memelihara dan memperkasakan agama, akal, nyawa,keturunan dan harta). Guru menggembeling tenaga dalam menyemai benih-benih keimanan, ketaqwaan dan keinsafan kepada generasi sekarang dan akan datang.

Kesimpulannya, guru pergi ke sekolah dianggap sebagai pergi ke medan  jihad kerana mereka mereka bertindak untuk menentang, membasmi dan mencegah kejahilan,kelemahan,kealpaan, kemunduran dan kehinaan akibat tidak berilmu pengetahuan. Mengajar dengan perasaan ikhlas dan tanpa sebarang muslihat dan tipu helah dianggap sebagai suatu ibadah. Oleh itu, keikhlasan guru dalam mencurahkan ilmu akan menjadi keberkatan kepada pelajar. wahyu yang diturunkan dalam Surah Iqra, menyeru manusia untuk menuntut ilmu dan mencari keredaan  Allah.

 

Terimah kasih tidak terhingga kepada Pengurus Program Encik Mohd Sofi b Haji Md Akhir , tuan penceramah, mentor dan semua rakan-rakan yang telah memberi kerjasama dalam menjayakan program ceramah pada kali ini seterusnya dalam menjayakan kedua-dua slot program BIG pada kali ini.

Sekian, terima kasih.

Sponsor Documents

Or use your account on DocShare.tips

Hide

Forgot your password?

Or register your new account on DocShare.tips

Hide

Lost your password? Please enter your email address. You will receive a link to create a new password.

Back to log-in

Close