Special Education Needs Ass2

Published on April 2017 | Categories: Documents | Downloads: 33 | Comments: 0 | Views: 432
of 36
Download PDF   Embed   Report

Comments

Content

A)Profile of school

Sekolah ini merupakan sebuah sekolah yang dibuka pada tahun 1967 dan kini telah berusia 46 tahun. Guru besar pertama ialah Puan Senathirajah tahun 1967 hingga 1981 dan Guru besar yang terkini ialah Encik Ooi Hock Leong bermula tahun 16 September 2002 .Seramai 11 orang guru besar telah berkhidmat di sekolah ini. Daripada 2 bangunan yang bertingkatkan 1 dan kini sekolah ini mempunyai 3 bangunan baru yang bertingkat 3. Kini sekolah ini mempunyai jumlah murid-murid seramai 783 orang murid. Setiap tahun mempunyai 4 kelas yang diberi nama Kenaga, Mawar,Orkid dan Raya. Tiga buah kelas iaitu Kenaga, Mawar dan Orkid adalah kelas biasa dan kelas Raya pula dikhaskan kepada murid-murid yang lemah. Seramai 55 orang guru, staf seramai 6 orang dan pekerja seramai 7 orang berkhidmat di sekolah ini.

Nama sekolah :

Sekolah Kebangsaan Seri Setia,

Jalan Kuchai Lama.58200 Kuala Lumpur.

B)Reasons of why.

Murid-murid yang berumur 8 tahun yang kini berada di tahun dua bukan semua mempunyai kebolehan pembelajaran yang baik. Murid-murid ini telah dikenalpasti dengan menjalani beberapa ujian sehinggalah murid-murid ini dipilih untuk menghadiri kelas wawasan pemulihan yang terdapat di sekolah ini. Seorang guru khas pemulihan yang bertauliah telah mengambil alih murid-murid ini untuk menghadiri kelas pemulihan matapelajaran Bahasa Malaysia yang akan mengikut jadual harian yang telah ditetapkan selaras dengan jadual kelas murid-murid berkenaan.Murid-murid ini dikenalpasti terlalu lemah dalam menguasai 3M dan menghadapi masalah pembelajaran yang serious.Dengan memberi peluang ini, adalah diharapkan muridmurid ini dapat ditolong agar mereka dapat menguasai 3M dengan cara yang lebih senang dan berkesan.

C) Total Number of pupils.

Dalam kelas ini terdapat seramai 10 orang murid-murid seperti berikut;

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Adik Tan Jin Chun Adik Demon Rafael Chew Adik Azsar b. Samma Adik Mohamad Sharul Nizam b. Nosoha Adik Danial Haizal b. Zailan Adik Pua siew Shin Adik MOHAMMAD Rasul b. Ramli Adik Sabastian Sathish a/l Joseph Adik Mohammad Edzuan b. Hafiz Adik Mohammad Syarul b Nizam

D) Radio between teachers and pupils.

1 : 10 Ini adalah kerana peruntukan guru ini telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Interview with Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum Sekolah. Yang Disayangi, Cikgu Dawi Zubadah bt Juperi Dalam temuramah, beliau telah memberitahu bahawa sekolah ini telah diperuntuhkan dengan seorang guru khas pemulihan yang berpengalaman. Beliau juga menyokong penuh dengan kelas pemulihan ini kerana kelas ini memang telah banyak membantu murid-murid yang hampirhampir tercicir dalam pembelajaran mereka. Dengan adanya kelas pemulihan sedemikian, murid-murid yang tidak dapat menguasai 3M ini dapat diberi peluang yang luas agar dapat menarik kembali minat murid-murid ini yang selalunya tertinggal kerana sesuatu masalah yang mungkin tidak dapat dielakkan oleh mereka sendiri.

Interview with the class teacher 2 Raya. Yang Disayangi Cikgu Jamaliah bt. Sarib Mat. Dalam temuramah, beliau telah memberitahu bahawa dalam kelas beliau terdapat seramai 28 orang murid-murid dan kebanyakkannya lemah dalam penguasaan 3M. Beliau telah mengatakan bahawa, beliau telah mencuba banyak cara pengajaran untuk menarik minat murid-murid ini agar murid-murid dapat dibantu untuk menguasai 3M. Beliau mengakui bahawa ramai murid kelas ini dapat mencapai pencapaian yang baik. Walau bagaimanapun , beliau telah mengatakan bahawa terdapat beberapa murid-murid yang terpaksa dihantar ke kelas pemulihan kerana sebilangan kecil murid-murid ini memerlukan bantuan seorang khas pakar yang dapat membantu mereka. Beliau sangat bersetujui dengan kelas pemulihan khas ini kerana kelas ini banyak membantu anak-anak muridnya.

Interview with the Guru Pemulihan Yang Disayangi Cikgu Nor Hanipah bt. Sirat Dalam perbualan ini,beliau telah mengatakan bahawa beliau amat bertuah dapat mengajar murid-murid ini. Walaupun beliau telah menghadapi satu cabaran yang amat mencabar tetapi segala pengalaman beliau telah mengajar beliau membina semangat diri untuk mendidik muridmurid ini tanpa berasa jemu. Beliau sangat menyayangi murid-murid ini sebagai anak-anak beliau. Beliau juga telah mengatakan bahawa perhubungan beliau dengan kedua-dua ibu bapa murid-murid beliau juga telah membantu beliau membantu anak-anak mereka dengan lebih berkesan.

Pictures 1. 2. 3. 4. 5. School pictures and video Classroom pictures and video Teacher pictures and vedio Pupils pictures and vedio Teaching learning process pictures and vedio

Thanks and all the best. Cikgu Sivakrishnan a/l S.Sinniah Salam 1 Malaysia.

Apakah Program Pemulihan Khas?
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh KPM semenjak tahun 1960-an lagi untuk membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah khusus dalam pembelajaran, iaitu menguasai kemahiran asas 3M. Definisi Program Pemulihan Khas Satu program pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, mengira (3M) yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus.” (Jabatan Pendidikan Khas, KPM, 2008 ) “ Pendidikan Pemulihan ialah tindakantindakan pendidikan khas yangdigunakan untuk memenuhi keperluan-keperluan kanakkanak yang menghadapikesulitan pembelajaran, kanakkanak pemulihan menghadiri kelas khas dalamsekolah biasa, atau pusat pemulihan khas s ecara sambilan, atau menyertaikumpulan yang diundurkan dari kelas biasa untuk diajar o leh seorang gurupemulihan.” (National Association for Remedial Education „NARE‟ Great Britain - 1977)

“ Pemulihan dalam KBSR ialah proses pengajaran dan pembelajaran yangkhusus untuk m urid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajardalam menguasai satusatu kemahiran membaca, menulis dan mengira”.(Panduan Am KBSR - 1982) “Suatu perkhidmatan yang diadakan khusus untuk muridmurid yang menghadapikesulitan pembelajaraan khususnya dalam menguasai satusatu kemahiran membaca,menulis dan mengira sebagai kemahiran asas yang menjadi fokus KBS R”.

Murid Pemulihan Khas Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif”. (Jabatan Pendidikan Khas, KPM, 2008 ) Rasional

PPK dijalankan di sekolah adalah kerana bilangan murid yang ramai di dalam sesebuah kelas agak menyukarkan guru untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Majoriti kelas KBSR pada masa ini mempunyai bilangan murid antara 35-45 orang. Hal ini berlawanan dengan konsep kelas kondusif yang seharusnya mempunyai bilangan murid antara 25-30 orang sahaja. PPK pada dasarnya bertujuan untuk memastikan murid-murid menerima layanan individu mengikut kadar perkembangan kognitif mereka.

Kumpulan Sasaran Program Pemulihan Khas dijalankan untuk menampung keperluan-keperlaun murid di dalam kelas biasa yang menghadapi masalah-masalah berikut, bukan masalah kecacatan akal atau terencat akal. 1) Masalah pembelajaran akibat : a) ketidaksesuaian bahan dan teknik pengajaran guru b) sering tidak hadir ke sekolah c) cuai menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran d) leka dan lambat 2) Masalah-masalah yang menghalang pembelajaran : a) masalah peribadi b) masalah psikologi c) kurang kecerdasan (lambat berfikir, cepat lupa, sukar memahami dan lemah pengamatan)

Tugas - Tugas Guru Pemulihan Khas
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Berikut adalah di antara tugas-tugas Guru Pemulihan Khas:

Senarai Tugas Guru Pemulihan Khas 1. Merancang dan melaksanakan program pemulihan khas mengikut prosidur yang telah ditetapkan. 2. Membantu guru-guru mata pelajaran dalam hal mengenalpasti murid-murid yang memerlukan pengajaran pemulihan. 3. Berjumpa dan berbincang dengan guru mata pelajaran, guru bimbingan, ibubapa, doktor, pegawai kebajikan dan pihak-pihak lain untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tingkah laku, tabiat, kesihatan dan lain-lain keterangan mengenai latar belakang murid. 4. Bertindak sebagai setiausaha Jawatankuasa Program Pemulihan Khas serta menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan mengadakan latihan perkembangan staf di peringkat sekolah atau daerah. 5. Tugas-tugas yang berkaitan dengan kebajikan murid- murid.

Peranan GPK Dalam Program LINUS

Salah satu subbidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Pendidikan ialah Literasi dan
Numerasi (LINUS). Matlamat LINUS iaitu untuk memastikan semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran boleh menguasai kemahiran literasi dan numerasi. Bagi memastikan sub-NKRA ini mencapai matlamatnya, murid LINUS Tegar, iaitu yang tidak menguasai Konstruk 1 dan Konstruk 2, akan dibimbing oleh Guru Pemulihan Khas. Justeru itu, Guru Pemulihan Khas perlu mengajar murid LINUS Tegar selain daripada murid-murid pemulihan Tahun 2 dan Tahun 3. Murid yang menguasai konstruk 3-7 dalam BM dan 3-9

dalam Matematik, akan dipulihkan oleh guru-guru BM dan Matematik.
Guru Pemulihan Khas hendaklah mengajar murid LINUS Tegar tidak melebihi 15 orang pada setiap sesi pembelajaran selepas Saringan 2 dilaksanakan. Walau bagaimanapun, semua Guru Besar hendaklah memastikan jumlah masa mengajar yang ditetapkan bagi Guru Pemulihan Khas adalah tidak kurang dari 900 minit dan tidak melebihi 1020 minit seminggu (termasuk waktu persediaan). Surat Siaran, Perlaksanaan Program Literasi Dan Numerasi (Linus) Tahap 1 Di Sekolah Rendah, Bil. KP(BPK) 400-32/6Jld.3(61), bertarikh 22 April 2010.

Punca dan Bidang Kuasa


Surat siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil. KP(BS)8594/Jld.11/(32)bertarikh 22Jan. 1985. (Guru Khas Pendidikan Pemulihan)  Surat siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil.KP(BS)8502/5/PK/Jld.V(26) bertarikh 28Jan.1986.(Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah Rendah)  Surat siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil.KP(BS)8502/PK/Jld. V(29) bertarikh 17Mac.1986 (Pengawasan dan Penyeliaan Program Pemulihan) Senarai Semak Tugas-Tugas GPK 1) Instrumen/Ujian yang dijalankan 1. Mengumpul maklumat murid Pemulihan Khas (Borang Pencalonan Murid) 2. Menjalankan Ujian-ujian Diagnostik BM (Lisan, Bertulis, Praktik) 3. Menjalankan Ujian-ujian Diagnostik MT 4. Menjalankan Ujian Pelepasan IPP2M 5. Merekod dan menganalisis Ujian-ujian yang dijalankan kepada murid 6. Menjalankan tindakan susulan ke atas murid (berjumpa/berbincang dengan ibu bapa) 7. Mengusulkan murid menjalani pemeriksaan doktor 8. Mengumpulkan rekod ujian/peperiksaan murid dalam arus perdana 9. Mengadakan perbincangan dengan pihak pentadbir/mesyuarat dari semasa ke semasa tentang masalah murid

10.

Melapor pencapaian murid kepada pihak pentadbir/ mesyuarat dari semasa ke

semasa 2) Pengurusan Fail dalam Pemulihan Khas 1. Menyedia/ melengkapkan Fail Induk dan diletakkan di pejabat pentadbiran sekolah 06/04/013 2. Fail Guru – 06/04/013/01(Melengkapkan segala maklumat guru/sijil kursus) 3. Fail Maklumat Program– 06/04/013/02 (Melengkapkan carta organisasi/ AJK/ Pekeliling/Takwim/Borang/ Jadual waktu kelas) 4. Fail Surat Menyurat – 06/04/013/03 (Surat-surat dari sekolah/PPD/JPNS/KPM) 5. Fail Minit Mesyuarat – 06/04/013/04 (Surat panggilan/agenda mesyuarat/minit mesyuarat) 6. Fail Murid – 06/04/013/05(Senarai nama murid/borang pencalonan) 7. Fail Diagnostik BM&MT – 06/04/013/06 (Ujian Diagnostik BMLisan/Praktik/Bertulis, Ujian Diagnostik MT 8. Fail Pelepasan BM&MT – 06/04/013/07 (Ujian IPP2M/Ujian Pelepasan MT dan lain-lain) 9. Fail Analisa Ujian – 06/04/013/08 (Borang Rekod Ujian Diagnostik BM/MT/ Ujian & Peperiksaan dalam arus perdana) 10. Fail Lembaran Kerja – 06/04/013/09 (Lembaran kerja BM & MT) 11. Fail Kertas kerja – 06/04/013/10 (Kertas kerja/ pamplets/ laporan program) 12. Fail LINUS – 06/04/013/11(Maklumat LINUS/ 13. Fail Individu murid 3) Pengurusan Program LINUS 1. Menyedia/ melengkapkan Fail LINUS 06/04/013/011 2. Menjadi AJK program LINUS di sekolah 3. Memahami keperluan/masalah murid dalam menguasai Konstruk 1 & Konstruk 2 4. Merancang aktiviti P&P yang sesuai bagi Konstruk 1 & Konstruk 2 5. Mengadakan pertemuan/perbincangan dengan ibu bapa/ penjaga murid 6. Tindakan susulan kepada murid untuk menjalani pemeriksaan doktor 7. Menyediakan BBM yang sesuai dengan keperluan murid 8. Membuat pemerhatian ke atas murid samaada di dalam/ di luar kelas. 9. Latihan bertulis disediakan sesuai dengan kebolehan murid Sumber : Borang Pemantauan, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.

Jadual waktu

Program Pemulihan Khas yang mempunyai jumlah murid Tahun 2 dan Tahun 3 kurang 15 orang
Tahun Murid Bahasa Melayu 12 Matematik Jumlah Waktu Seminggu Tahun 1 Murid LINUS Tegar(tidak menguasai konstrak 1&2) Tahun 2 dan 3 Murid Pemulihan Khas 8 7 15 Guru Pemulihan Khas Murid maksimum 15 orang 7 19 Guru Pemulihan Khas Murid 4 -5 orang Guru Catatan

Murid LINUS tegar yang berada dalam Program LINUS tahun 1, hendaklah diajar oleh Guru Pemulihan Khas. Kaedah ‘gabung kelas’ antara murid pemulihan / murid LINUS boleh dijalankan (maksimum 15 orang murid) Model 4 :

Program Pemulihan Khas di SJKC dan SJKT (Guru Melayu sebagai Guru Pemulihan Khas)
Tahun Murid Bahasa Melayu 12 Matematik Jumlah Waktu Seminggu Tahun 1 Murid LINUS Tegar( tidak menguasai konstrak 1&2) Tahun 2 Murid Pemulihan Khas Murid Pemulihan Khas 11 Diajar oleh guru matematik Tahun 3 11 Diajar oleh guru Matematik 11 Guru Pemulihan Khas 11 Guru Pemulihan Khas Murid maksimum 15 orang Murid maksimum 15 orang Diajar oleh Guru LINUS 12 Guru Pemulihan Khas Murid 4 -5 orang Guru Catatan

Mata pelajaran Bahasa Melayu untuk LINUS Tegar hendaklah diajar oleh Guru Pemulihan Khas dan mata pelajaran Matematik akan diajar oleh Guru LINUS (Matematik). Kaedah gabung kelas juga boleh dilaksanakan.

Sudut - Sudut Pembelajaran Di Dalam Kelas Pemulihan Khas
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Saya baharu saja mengemaskini sudut-sudut pembelajaran di kelas Pemulihan Khas. Antara sudut-sudut yang saya buat adalah sudut Matematik, sudut bacaan @ Mini Perpustakaan, sudut akses kendiri, sudut maklumat dan sudut pengurusan. Sudut multimedia diletakkan bersama dengan sudut bacaan sebab hanya ada TV dan Radio sahaja. Sudut pengamatan entah bila nak dibuat! Untuk tahun ini sahaja sudah 2 kali saya ubah susun atur kedudukan sudut-sudut. Pening saya dengan perangai saya sendiri (saya kerap ubah susun atur perabot dlm kelas shga kakak tukang cuci asyik sakat saya bila berjumpa. Katanya saya sudah pecah rekod dunia!) Berdasarkan Garis Panduan Pelaksanaan Program pemulihan Khas, edisi percubaan, 2008, terdapat 6 ruang di dalam kelas Pemulihan Khas iaitu:

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Ruang pengurusan Ruang P&P Ruang multimedia Ruang bahasa Ruang Matematik Ruang pengamatan

Definasi murid pemulihan khas

Terdapat berbagai-bagai definisi untuk mentakrifkan siapa dia Murid Pemulihan Khas. Para guru menganggap kanak-kanak pemulihan sama dengan kanak-kanak lembam ataupun „slow learner‟ yang mempunyai pencapaian lebih rendah daripada rakan sebaya mereka di kelas. Murid-murid pemulihan khas biasanya ialah murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran sama ada dalam kemahiran membaca, menulis atau mengira. Mereka menunjukkan simptom atau gejala kesulitan untuk membaca, menulis atau mengira. Selain sering melakukan kesalahan dalam kerja sekolah dan memperoleh keputusan ujian dan peperiksaan yang kurang memuaskan (seringkalinya GAGAL), murid-murid ini juga memperlihatkan ciri-ciri seperti kurang yakin, rendah konsep diri, pasif terhadap kegiatan pembelajaran dan mudah putus asa.

DEFINISI MURID PEMULIHAN KHAS Jabatan Pendidikan Khas, KPM, 2008 Murid Pemulihan Khas ialah murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asaas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif.

A.E. Tansley dan Gulliford Kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan kecerdasan yang rendah dan kurang kebolehan menerima pendidikan biasa. M.F. Clough Kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang kurang daya taakul, kurang kemampuan membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan kurang memahami tentang perkara-perkara yang abstrak. Sharifah Rahmah Ali Pendidikan Pemulihan di Malaysia ialah untuk murid-murid yang gagal menerima pelajaran dan mereka ini berkemungkinan mempunyai kecerdasan yang tinggi, sederhana dan yang di bawah sederhana. Brennan (1974)
Murid pendidikan pemulihan adalah murid yang gagal menghadapi kerja normal sekolah untuk kumpulan sebaya mereka,tetapi mereka tidak boleh dianggap sebagai kanak-kanak cacat.

Pusat Perkembangan Kurikulum (1984)

Murid pemulihan ialah mereka yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu, bersifat negatif terhadap pembelajaran dan mempunyai tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran serta kurang sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.

Koh (1984)
Murid pendidikan pemulihan sebagai murid lambat dan diberi label seperti kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak khas, kanak-kanak mundur, yang memiliki masalah pembelajaran dan men derita kegagalan dalam pendidikan. Murid-murid ini memperlihatkan taraf pencapaian yang tidak memuaskan dibandingkan dengan taraf pencapaian purata rakan-rakan sebaya atau tidak pada taraf yang diharapkan bagi murid-murid di peringkat persekolahan itu.

Johnson (1963)
Murid yang tidak menunjukkan kesuburan bakat akademik seperti kanak-kanak lain yang sedarjah dengannya.

Dengan segala jenis takrifan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa murid Pemulihan Khas ialah mereka yang lambat pembelajarannya yang mempunyai kecerdasan di bawah sederhana ataurencatan yang ringan dan termasuk mereka yang menghadapi kesulitan-kesulitan am atau tertentu dalam usaha penyesuaian kepada kurikulum sekolah biasa. Kanak-kanak belajar pada kadar yang berbeza dan mengikut beberapa kajian mereka hanya belajar bila telah „bersedia‟.

SEORANG MURID PEMULIHAN KHAS...  Perlukan masa tambahan untuk menyelesaikan sesuatu tugasan (task)  Murid perlu ditawarkan dengan insentif yang sesuai – boleh ditangguhkan supaya murid belajar bersabar  Pemakanan yang betul – sarapan yang berkualiti dan tepat pada masanya  Tidur yang mencukupi – boleh menambahbaik prestasi mereka  Guru/ibu bapa perlu mencari bahan atau apa-apa sumber yang boleh memudahkan, menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan relevan.

CIRI-CIRI MURID SLOW LEARNERS Secara umumnya murid-murid ini dapat dikenal pasti melalui beberapa ciri yang dipamerkan. Ia bergantung juga kepada peringkat umur dan aras kesukaran yang digunakan di sekolah.  Kurang matang dalam hubungan dengan orang lain dan di sekolah  Tidak dapat menyiapkan tugasan yang kompleks dan sangat lambat bekerja



Hilang kawalan masa, tidak boleh memindahkan apa yang telah dipelajaridalam situasi

baru


Sukar menguasai kemahiran yang bersifat akademik, seperti membaca jadual waktu atau menguasai peraturan mengeja  Tidak dapat merancang objektif jangka panjang - lebih suka merancang untuk keperluan semasa.  Bermasalah dalam pengurusan masa kerana bermasalah dalam memberi tumpuan  Lemah daya ingatan – Pengamatan, kemahiran asas dan pertuturan  Kurang yakin diri, kurang tekun, kurang pengalaman  Perbendaharan kata terbatas, tidak kreatif.


Kesukaran mengawal emosi, menerima konsep mendiskriminasi dan memahami perkaitan  Kesihatan sering terganggu, ponteng sekolah, bermasalah tingkah laku  Bersikap egosentrik
Slow learners differ from reluctant learners. A slow learner initially wants to learn, but has a problem with the process. A reluctant learner is not motivated and can also be passive aggressive, creating more problems for teachers and parents through non-cooperation. Reluctant learners seldom have learning disabilities.

Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia semenjak tahun 1960an untuk membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah khusus dalam pembelajaran iaitu menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M). LATARBELAKANG

1967 - Kementerian Pendidikan telah melaksanakan program pemulihan dengan menggunakan strategi “Withdrawal System.” 1975 - Pusat Perkembangan Kurikulum menjalankan projek percubaan “Pendidikan Imbuhan” bagi tahap satu (Tahun 1 hingga 3) dengan menggunakan strategi di mana pemulihan dijalankan oleh guru kelas / mata pelajaran. 1994 - Program Khidmat Guru Pendamping bagi meningkatkan aktiviti pengayaan dan pemulihan dalam kelas KBSR. 1998 - Program Intervensi 3M. 2000 - “Multiple Intelligence”

Laporan Jawatankuasa Kabinet Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979 : (PERAKUAN 5) “ Adalah diperlukan supaya perkara-perkara yang berkaitan dengan langkah-langkah mengadakan pengajaran pemulihan selepas daripada Ujian Rujukan Kriteria dijalankan, diteliti dan diperbaiki. Antara lain perkara-perkara tersebut termasuklah mendalami kaedah dan pengajaran, bahan-bahan yang lebih kecil, peruntukan guru bagi mengendalikan pengajaran pemulihan serta penggunaan bahan-bahan tertentu ”

PEMULIHAN DALAM KBSR Pada tahun 1983, sistem pendidikan Malaysia telah memperkenalkan KBSR. Kurikulum baru ini merupakan satu usaha untuk kembali semula kepada asas pendidikan dengan memberi fokus kepada 3M dan murid-murid yang tidak dapat menguasainya akan dibantu melalui Program Pemulihan Khas. Pengajaran dan pembelajaran pada tahap 1 (tahun 1-3) akan membolehkan guru-guru mengenalpasti murid-murid yang mempunyai masalah penguasaan 3M.

Di dalam KBSR, terdapat beberapa jenis program pemulihan yang dijalankan sama ada di dalam kelas dan di kelas khas. Di antara program yang dijalankan di dalam kelas adalah seperti KIA2M, PROTIM selain daripada aktiviti pemulihan dalam kelas. Manakala program Pemulihan Khas pula dijalankan dikelas khas menggunakanwithdrawal system.

1) Pemulihan Dalam Kelas Pemulihan KBSR - dalam kelas biasa - bantu murid lemah menguasai kemahiran yang telah dipelajari KIA2M ( telah digantikan dengan program LINUS) - oleh BPK - bantu murid tahun 1 menguasai kemahiran asas 2M (membaca dan menulis) - dikehendaki menduduki Ujian Pelepasan sebelum di‟bebas‟kan - gagal Ujian Pelepasan 3 – masuk ke kelas Pemulihan Khas pada tahun berikutnya PROTIM - program pemulihan 3M tahap 2 - membantu murid tahun 4 - 6 menguasai 3M - tahun 6 - dilaksanakan selepas peperiksaan UPSR - gagal praujian - murid PROTIM - BM dan Matematik 2) Program Pemulihan Khas - Sistem Penarikan Keluar (withdrawal System) - murid yang dikenalpasti melalui ujian saringan - ke kelas pemulihan pada waktu tertentu sahaja (BM dan Matematik) - dihantar balik ke kelas biasa setelah menguasi kemahiran asas yang ditentukan - murid yang dikenalpasti dimasukkan ke dalam kelas khas secara sepenuh masa - dihantar balik ke kelas biasa setelah menguasai kemahiran asas 3M

PEMULIHAN DALAM KSSR Program LINUS (Literasi dan Numerasi) bagi murid tahap 1 mula diperkenalkan pada tahun 2010. Matlamat Program LINUS ialah semua murid kecuali murid berkeperluan khas menguasai asas literasi dan numerasi setelah 3 tahun mengikuti pendidikan rendah tahap 1 di akhir tahun 2012.

Murid-murid pemulihan khas mempunyai bermacam ciri yang membezakannya dengan murid-murid lain yang tahap pembelajarannya adalah normal di dalam kelas. Ciri-ciri kanak-kanak pemulihan juga boleh dikelaskan kepada 5 kategori, iaitu emosi dan tingkahlaku, sosial, kesihatan, kesediaan belajar dan pengamatan. Antara ciri-ciri murid pemulihan khas adalah seperti berikut: a.

1) Emosi dan Tingkahlaku
      

Mempunyai perasaan rendah diri dan risau. Mempunyai perasaan sedih, hiba atau duka. Cepat berasa bosan atau jemu terhadap pelajaran. Mempunyai perasaan takut akan perkara-perkara baru. Bersikap degil, tidak patuh pada peraturan-peraturan dan suka melawan. Bersikap pasif. Malas

2) Sosial
     

Sentiasa berasa gelisah dan selalu bergerak di dalam bilik darjah serta mengganggu kawan-kawan. Lemah / kurang interaksi dengan rakan. Mempunyai perangai ganjil seperti gemar menghisap atau menggigit jari/kuku. Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alasan. Suka berbohong dan kadang-kadang mencuri. Hyper aktif.

3) Kesihatan
     

Tidak bertenaga serta kurang zat makanan. Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang (gemuk/kurus). Tumpuan perhatian terhad (masalah penglihatan). Lemah gerakan motor-kasar dan halus. Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu lama dan teruk. Kurang menjaga kebersihan diri.

4) Kesediaan Belajar


Belum bersedia untuk belajar.

   

Perbendaharaan kata kurang. Lemah pemahaman. Kurang keyakinan diri dan rangsangan. Kurang matang – IQ tidak seimbang dengan umur hayat.

5) Pengamatan
           

Tidak boleh mengenal perbezaan bentuk, saiz, warna dan turutan. Lemah terhadap pendengaran bunyi dan rentak. Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah. Lambat mengelaskan benda atau nombor. Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru. Tidak dapat menyelesaikan masalah. Sukar mengambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang. Tidak dapat membuat kerja-kerja yang kreatif. Lemah pergerakan dan perbuatan. Lemah daya pemikiran/ingatan. Tidak boleh mengingat kembali apa yang telah dipelajari. Sukar untuk membuat kenyataan am

Sumber: Jabatan Pendidikan Khas, 2009***

Lampiran C (4): Borang Pencalonan Lampiran D (4): Latar Belakang Murid Pemulihan Lampiran E (4): Borang Pengumpulan Maklumat

RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)
Program ini bertujuan untuk membantu meningkatkan taraf pemakanan murid yang terlibat supaya golongan ini dapat memberi tumpuan sepenuhnya dalam usaha pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Program ini diharap dapat memastikan pertumbuhan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan umum murid sekolah bertambah baik selain membantu murid mendapat makanan yang seimbang. Program ini telah dimulakan dalam tahun 1976 sebagai sebahagian daripada Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan (AMP), kelolaan Jabatan Perdana Menteri (JPM). AMP merupakan satu program pembangunan masyarakat berteraskan usaha kesihatan,

pertanian dan pendidikan. Pada peringkat awal pelaksanaan tumpuan telah diberi kepada murid sekolah rendah dan kawasan luar Bandar. Mulai awal 1980an, apabila Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil alih sepenuhnya pengurusan program, ia telah diperluaskan menjadi criteria utama pemilihan murid.
Kriteria pemilihan

Murid sekolah rendah terutama dari luar Bandar dan keluarga yang berpendapatan bulanan RM 400 dan kurang, iaitu RM 800 per kapita.
Kadar dan Peruntukan

Kadar yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah RM 1.80 sehari bagi murid di Semenanjung dan RM 2.05 sehari bagi Sabah, Wilayah Persekutuan dan Sarawak mulai 1 Mac 2007. Kadar ini dikira berdasarkan kos bahan mentah di pasaran dan tidak mengambil kira keperluan perkhidmatan, bahan api dan minuman. Program ini dilaksanakan sepanjang 190 hari persekolahan dalam setahun.
Strategi Perlaksanaan

Jawatankuasa RMT akan memilih pembekal makanan yang bertanggungjawab mengurus bekalan bahan, menyedia dan menghidang makanan, membersih peralatan serta tempat hidangan. Sekolah akan memilih 5 atau 10 menu daripada senarai 20 menu yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan menu ini diulangi setiap minggu atau dua minggu mengikut cita rasa setempat, kemampuan bekalan bahan makanan dan sesuaian dengan peruntukan kewangan. Dari segi proses penyediaan makanan, 95% sekolah di Semenanjung dikendalikan oleh pihak kantin dan makanan akan dinikmati oleh murid beberapa minit sebelum waktu rehat

PROGRAM SUSU SEKOLAH (PSS)
Program Susu Sekolah (PSS) dilaksanakan serentak dengan Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Program ini dilaksanakan untuk murid daripada keluarga miskin yang berpendapatan isi keluarga di paras status sosio ekonomi yang rendah agar mendapat makanan seimbang semasa berada di sekolah. Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid sekolah rendah bagi memastikan pertumbuhan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan umum murid sekolah bertambah baik. PSS juga bertujuan menggalakkan murid meminum susu di peringkat awal. Kriteria pemilihan murid adalah terdiri daripada murid sekolah rendah terutama dari luar Bandar dan keluarga yang berpendapatan bulanan RM 400 dan kurang, iaitu RM 800 per kapita. PSS juga merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bersama syarikat pengeluar susu selaras dengan konsep Pensyarikatan Malaysia.

Program ini yang dilancarkan pada tahun 1983 telah diperluaskan ke seluruh negara mulai tahun 1995 kecuali Sabah yang mempunyai program susu yang tersendiri. Program ini mengandungi dua skim iaitu:
a. Skim Susu Bayaran – melibatkan penyertaan murid sekolah secara sukarela, sama ada secara subsidi atau tanpa subsidi kerajaan. b. Skim Susu Percuma – melibatkan bekalan susu percuma kepada murid sekolah yang dipilih di bawah anjuran syarikat susu yang menyertai Kementerian Pelajaran Malaysia dan atau pertubuhan masyarakat yang lain sama ada berbentuk persendirian atau sukarela.

Objektif Program:
i. ii. iii. iv. v. vi. Meningkatkan tabiat meminum susu di kalangan murid sekolah rendah dalam Skim Susu Bayaran Membekalkan susu kepada murid terpilih daripada golongan taraf sosio ekonomi yang rendah dan mengalami kekurangan zat melalui Skim Susu Percuma Meningkatkan perancangan, perlaksanaan dan penilaian program melalui penglibatan bersama agensi kerajaan di bawah konsep pensyarikatan Malaysia. Mengurangkan perbelanjaan sector awam melalui penglibatan agensi sector swasta. Mengembangkan pengetahuan, sikap dan amalan yang diingini khususnya berhubung dengan makanan, pemakanan dan kesihatan serta aspek pelajaran. Meningkatkan usaha pembangunan masyarakat dan perindustrian yang melibatkan pengeluaran, pemprosesan dan bekalan susu.

Objektif Untuk membantu murid-murid sekolah rendah meningkatkan tumbesaran serta taraf pemakanan untuk mendapat kecemerlangan di dalam pencapaian akademik. Golongan Sasar Murid-murid sekolah rendah dan sekolah bantuan penuh kerajaan di seluruh Malaysia yang diintegrasikan di dalam Rancangan Makanan Tambahan (RTM). Aktiviti Pemberian pil vitamin untuk diberi makan kepada murid-murid 3 kali seminggu pada hari-hari persekolahan.

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM VITAMIN 1MALAYSIA DI SEKOLAH RENDAH

TUJUAN Tujuan garis panduan ini ialah untuk menggariskan kaedah pemberian multivitamin dan mineral di sekolah rendah dan akan digunakan oleh pentadbir/ guru sekolah dalam melaksanakan Program Vitamin 1Malaysia kepada murid sekolah. Garis panduan ini hendaklah juga dibaca bersama Buku Panduan Rancangan Makanan Tambahan di Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005 serta Surat Pekeliling Kewangan Bil. 7 Tahun 2010 Rancangan Makanan Tambahan di Sekolah Rendah yang dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan, Kementerian Pelajaran Malaysia, rujukan KP(BKEW)(PK)1587/A4(26) bertarikh 15 Julai 2010. 1. Pendahuluan Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, pada 15 Oktober 2010, dalam pembentangan Belanjawan 2011, telah mengumumkan rancangan pemberian vitamin kepada semua murid sekolah rendah dalam kalangan yang berpendapatan rendah. Ini bagi membantu mereka meningkatkan tumbesaran serta taraf pemakanan dan seterusnya kecemerlangan dalam pencapaian akademik. Keputusan tersebut jelas memaparkan kesungguhan kerajaan dalam membangunkan modal insan yang cemerlang menjelang 2020. 2. Rasional  Kanak-kanak yang terbantut (stunted), menghadapi anemia (kurang zat besi), kelaparan atau kurang pengambilan makanan yang seimbang cenderung kepada pencapaian akademik dan fungsi kognitif serta kehadiran ke sekolah yang rendah (Taras H., 2005). Di Malaysia, pada tahun 2006, 15% (495,000) kanak-kanak berumur 7-12 tahun yang terbantut dan 10% (283,000) kanak-kanak pula mempunyai berat badan susut (wasted) (NHMS III, 2006). Kajian juga menunjukkan 20% kanak-kanak bawah 6 tahun dan 20% remaja 12-19 tahun mengalami anemia atau kekurangan zat besi (MOH, 2000., Foo et. al., 2004).





Kekurangan vitamin dan mineral yang sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak kurang zat makanan yang dilaporkan ialah kekurangan vitamin A, kalsium, zat besi dan zink.

3.

Keperluan Vitamin Kanak-kanak memerlukan vitamin dan mineral bagi mencapai pertumbuhan dan pembesaran yang optima. Vitamin berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan dan pencegahan penyakit. Mengikut Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia 2005, (Recommended Nutrient Intakes for Malaysia, 2005), dalam sehari, kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun memerlukan 500-600 ug vitamin A (Retinol Equivalent), 700-1000 mg kalsium, 9-15 mg zat besi dan 5.8-9 mg zink. Lazimnya, kanak-kanak mendapat cukup vitamin melalui pengambilan makanan yang seimbang. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang sukar mendapat makanan seimbang secara tetap setiap hari disebabkan oleh faktor seperti pendapatan keluarga yang rendah, pengambilan suplemen multivitamin dan mineral dapat membantu meningkatkan pengambilan dan seterusnya taraf pemakanan mereka. Selain itu, suplemen vitamin dan mineral juga diperlukan oleh kanak-kanak yang cerewet atau memilih makanan (picky eaters), sedang sakit atau baru pulih dari sakit.

4.

Strategi Pendekatan yang digunakan ialah pemberian multivitamin dan mineral dalam bentuk tablet yang boleh dikunyah. Strategi ini dapat mengatasi masalah kekurangan vitamin dan mineral dalam kalangan murid dari keluarga berpendapatan rendah. Dari segi pelaksanaan, program ini diintegrasikan ke dalam Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di Sekolah. Oleh yang demikian, ia menambah nilai program tersebut dan tidak membebankan pihak sekolah.

5.

Objektif Program Untuk memberi multivitamin dan mineral kepada murid sekolah rendah terutama daripada golongan berpendapatan rendah bagi memperbaiki taraf pemakanan.

6.

Liputan Program

Semua murid yang memenuhi kriteria pemilihan dari Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan di seluruh Malaysia.

7.

Kumpulan Sasar 7.1 Kriteria kelayakan Murid yang layak menerima multivitamin dan mineral ialah murid warganegara Malaysia dari darjah 1 hingga darjah 6 yang bersekolah di semua Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan yang menerima RMT (termasuk kanak-kanak yang telah dihentikan daripada Program Pemulihan Kanak-Kanak Kekurangan Zat Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, atas sebab masuk sekolah). 7.2 Kriteria pengecualian Terdapat tiga kriteria di mana murid tidak boleh diberi multivitamin dan mineral, iaitu: i. Murid yang disahkan menghidapi penyakit talasemia oleh doktor dan sedang mendapat rawatan transfusi darah secara berkala. Murid yang sedang diberi vitamin dan mineral di rumah secara rutin. Murid yang sedang menerima rawatan yang diberi multivitamin di klinik/ hospital.

ii. iii.

8.

Kaedah Pelaksanaan 8.1 Penerimaan bekalan daripada pembekal i. Mengesahkan penerimaan bekalan melalui Sijil Akuan Penerimaan (SAP). Menyimpan rekod penerimaan dan agihan multivitamin dan mineral yang mengandungi maklumat tarikh pembekalan, kuantiti dan nombor batch menggunakan Buku Laporan Program Vitamin 1Malaysia (Lampiran 1). Memastikan multivitamin dan mineral yang dibekalkan dalam keadaan baik dan dalam tempoh sah guna semasa penerimaan.

ii.

iii.

8.2

Cara penyimpanan i. Menyedia dan memastikan tempat penyimpanan sentiasa dalam keadaan bersih dan kering pada suhu kurang daripada 30°C atau mengikut arahan pengeluar. Memastikan tempat penyimpanan berkunci untuk mengelakkan kecurian.

ii.

8.3

Kebenaran pemberian multivitamin dan mineral oleh ibu bapa atau penjaga

Sebelum pemberian multivitamin dan mineral dilaksanakan, setiap murid mesti mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga masingmasing. Oleh itu, pihak pentadbir/ guru sekolah hendaklah:

i.

mengedarkan Borang Kebenaran Pemberian Multivitamin dan Mineral (Lampiran 2) kepada ibu bapa atau penjaga murid,

ii.

memastikan semua borang dikembalikan dan semua soalan telah dijawab,

iii.

memastikan ibu bapa/ penjaga menandatangan bahagian memberi kebenaran, sebelum multivitamin dan mineral diberi kepada murid.

Jika ibu bapa/penjaga menjawab “YA” pada soalan 1, 2 atau 3 di bahagian “Sejarah Perubatan” pada Borang Kebenaran Pemberian Multivitamin dan Mineral, maka murid berkenaan TIDAK BOLEH diberi multivitamin dan mineral di sekolah.

8.4

Cara Pemberian

i.

Kekerapan Pemberian vitamin di sekolah dengan kekerapan 1 biji untuk 3 kali seminggu.

ii.

Dos (Bilangan tablet) Bilangan tablet untuk setiap murid adalah mengikut jadual yang disediakan oleh pembekal seperti di dalam spesifikasi (Lampiran 3). Ia adalah berdasarkan kandungan vitamin dan mineral untuk memenuhi keperluan harian mereka.

iii.

Pemberian Tablet multivitamin dan mineral tidak boleh diambil semasa perut kosong. Oleh yang demikian, pihak pentadbir/ guru sekolah hendaklah mengagihkan tablet tersebut kepada murid yang layak, 3 kali seminggu bersama dengan hidangan Rancangan Makanan Tambahan atau sejurus selepas waktu rehat di mana murid telah makan sarapan. Pihak pentadbir/ guru sekolah mesti sentiasa ada bersama semasa murid memakan tablet multivitamin dan mineral untuk memastikan tablet dikunyah dan ditelan oleh setiap murid. Penyeliaan yang rapi perlu dilakukan untuk mengelakkan daripada murid membuang atau mengambil lebih daripada sukatan yang ditetapkan serta mengelakkan kejadian tercekik.

iv.

Kesan sampingan pengambilan vitamin Multivitamin dan mineral adalah selamat apabila diambil pada dos yang ditetapkan dan tidak menyebabkan kesan sampingan serius. Kesan sampingan ringan seperti muntah, mual, pening, sakit perut, sembelit dan kesan alahan termasuk kulit gatal, susah bernafas, bengkak muka, bibir, lidah atau kerongkong mungkin berlaku dalam sebilangan kecil murid. Jika murid mengalami kesan sampingan seperti di atas, hentikan pemberian multivitamin serta merta dan pihak pentadbir/guru sekolah hendaklah membawa murid ke klinik kesihatan/ hospital

untuk rawatan. Dapatkan pengesahan daripada Pegawai Perubatan sama ada pengambilan multivitamin boleh diteruskan. Pihak klinik hendaklah melaporkan kesan sampingan kepada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan menggunakan borang Report on Suspected Adverse Drug Reactions (Lampiran 4) atau secara online di URL http://portal.bpfk.gov.my dan kemudian klik pada menu MADRAC (Adverse Drug Reactions).

8.5

Langkah-langkah keselamatan Sebagai langkah keselamatan, pihak pentadbir/ guru sekolah hendaklah: i. Memeriksa bahawa bungkusan primer dan sekunder tidak pecah, retak atau terdapat kesan dibuka atau koyak. Membaca label bungkusan multivitamin dan mineral yang dibekalkan dan mengikut semua arahan yang dinyatakan pada label. Di antara perkara-perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah: Cara pengambilan hendaklah mengikut arahan yang tercatat pada label. Jangan beri lebih daripada dos yang ditetapkan. Semua multivitamin dalam kotak yang telah dibuka perlu dihabiskan dahulu sebelum yang baru dibuka. Pastikan bekalan tidak melebihi tarikh luput.

ii.

-

iii.

memastikan murid yang dikecualikan daripada menerima tablet multivitamin dan mineral (rujuk para 7.2) TIDAK DIBERI tablet berkenaan.

9.

Pengurusan dan Penyelarasan Rancangan pemberian multivitamin dan mineral ini diintegrasikan ke dalam RMT. Peranan pihak sekolah untuk membantu mengurus, menyelaras dan

memantau melalui unit/ pegawai atau jawatankuasa yang ditetapkan. Buat masa ini, tugas pengurusan dan penyelarasan adalah dijalankan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

10.

Rumusan Program pemberian multivitamin dan mineral dijangka dapat meningkatkan taraf pemakanan murid sekolah rendah yang disasarkan dan membantu meningkatkan tumbesaran agar dapat mencapai potensi akademik mereka. SPESIFIKASI TABLET MULTIVITAMIN DAN MINERAL

1.

Jenis Tablet boleh dikunyah (chewable) berperisa buah-buahan (pelbagai rasa).

2.

Standard Produk hendaklah memenuhi kesemua kriteria berikut: i. Berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia serta mempunyai No. Pendaftaran Produk (salinan Sijil Pendaftaran Produk wajib disertakan). Mematuhi sukatan nutrien bagi multivitamin dan mineral dengan zat besi bagi kanak-kanak 7-12 tahun pada dos biasa sebagai tambahan pemakanan (dietary supplement) dan bukan dos terapeutik. Kandungan minima setiap vitamin dan mineral bagi sukatan pengambilan sehari hendaklah mengandungi 15% saranan pengambilan kanak-kanak 7-12 tahun yang ditetapkan oleh FAO/WHO (Codex Alimentarius Guidelines For Vitamin And Mineral Food Supplements CAC/GL 55-2005). Sebagai panduan, berikut adalah kandungan yang dicadangkan:

ii.

Kandungan minima bagi dos sehari kanak-kanak 7-12 tahun 1. Vitamin A 249.8 2. Vitamin C 5.3 3. Tiamina (B1) 0.14 4. Riboflavin (B2) 0.14 5. Nicotinamide (B3) 1.8 6. Vitamin D 15 7. Vitamin E 1.0 8. Zat besi 1.4 9. Zink 0.9 Lain-lain vitamin dan mineral yang diluluskan oleh Pihak Kawalan Dadah, Kementerian Kesihatan Malaysia

Bil

Jenis vitamin dan mineral

Unit

IU mg mg mg mg IU IU mg mg Berkuasa

Sponsor Documents

Or use your account on DocShare.tips

Hide

Forgot your password?

Or register your new account on DocShare.tips

Hide

Lost your password? Please enter your email address. You will receive a link to create a new password.

Back to log-in

Close