The Leader

Published on April 2017 | Categories: Documents | Downloads: 41 | Comments: 0 | Views: 313
of 2
Download PDF   Embed   Report

Comments

Content

THE LEADER - FOLLOWER RELATIONSHIP
WEEK 9
Topik Perbincangan bagi minggu ini ialah The Leader-Follower Relationship yang
dibentangkan oleh kumpulan 6. Dalam topik ini diterangkan tentang beberapa teori
perhubungan antaranya ialah teori Dyadic . Dalam teori Dyadic menyatakan perhubungan
di antara pemimpin dan setiap pengikut dalam satu komuniti atau unit kerja. Perhubungan
di antara pemimpin dan setiap pengikut dalam satu komuniti atau unit kerja . Perhubungan
ini perkembangan dengan rangkaian antara pemimpin dan pengikut, dari semasa ke
semasa . Kualiti turut mempenagruhi prestasi masing-masing dan kualiti hubungan yang
diperluas dapat meningkatkan prestasi organisasi.
Dalam teori Vertical Dyad Linkage ( VDL ) menerangkan keupayaan untuk
memahami bagaimana pemimpin mencipta dua kumpulan dalam kepimpinanya iaitu,
mereka yang berada dalam kumpulan pemimpin dan juga yang berada di luar kumpulan
pemimpin. Dua kumpulan ini mempunyai cirri-ciri seperti berikut:

Dalam Kumpulan

Luar Kumpulan

Mempunyai ikatan sosial yang sangat kuat antara
Mempunyai sedikit atau tanpa ikatan sosial
pemimpin dan orang bawahan mereka dalam gaya bersama pemimpin mereka, dan ianya benar- benar
yang berorientasikan pada manusia.
hubungan berorientasikan tugas.

Ciri-ciri

Ciri-ciri

Berorientasikan hubungan manusia Saling percaya
yang tinggi Pertukaran tinggi Kesetiaan dua hala
Saling mempengaruhi Khusus bantuan dari
pemimpin

Tugas berorientasikan hubungan Rendah
pertukaran Kurangnya kepercayaan Tidak banyak
kesetiaan Sedikit atau tidak ada pengaruh untuk
timbal- balik

Pengikut merupakan komponen penting dalam kepimpinan. Tanpa pengikut, pemimpin tiada dan
kepimpinan juga tidak wujud. Followership atau pengikut merupakan seseorang yang
dipengaruhi oleh seseorang pemimpin yang benar-benar dipercayai oleh orang yang dipimpin.
Tidak akan ada pemimpin tanpa pengikutnya yang tersendiri.Banyak cirri-ciri kepimpinan yang

baik di temui dalam pengikut yang sangat berkesan dan boleh dicontohi. Topik perbincangan
juga menyentuh komponen delegasi di dalam kepimpinan. Delegasi membawa maksud satu
proses di mana seseorang pemimpin bersedia untuk menurunkan kuasa dan tanggungjawabnya
untuk diselesaikan atau di kongsi secara bersama oleh pengikut atau ahli mereka. Di sini jelas
menunjukkan kepada kita, seseorang pemimpin perlulah bersedia untuk memberi kuasa serta
bekerjasama dengan pengikut untuk menyelesaikan sesuatu tugas atau kajian demi mencapai
matlamat atau sasaran kerja yang telah ditetapkan. Gaya kepimpinan ini dilakukan terhadap
pekerja yang mempunyai kebolehan , kemahiran, keyakinan, keupayaan dan motivasi yang
tinggi. Kakitangan diberi peluang melaksanakan tugasan secara bebas dengan kawalan dan
arahan yang paling minimum. Pemimpin hanya berbincang masalah sehingga mencapai kata
sepakat dan proses membuat keputusan diserahkan kepada kakitangan untuk menentukannya.
Di dalam organisasi sekolah , dapat dilihat bahawa komponen delegasi ini digunakan secara
menyeluruh apabila setiap guru diberikan peranan masing-masing dalam bidang dan jawatanjawatan tertentu. Amalan ini juga diperluaskan di peringkat pelajar apabila pelajar-pelajar
diberikan jawatan dengan kuasa-kuasa tertentu . Namun bergitu , faktor kekangan pengatahuan
kemahiran menyebabkan kadangkala amalan delegasi ini tidak berfungsi dengan berkesan ini
kerana berlakunya penurunan kuasa pada mereka yang tidak sepatutnya , pengikut-pengikut juga
tidak dapat memahami dan menghayati sepenuhnya tugas dan kuasa yang telah diberikan kepada
mereka.
Secara kesimpulannya, jelas bahawa di dalam kepimpinan pertiubungan antara pemimpin dan
pengikut merupakan faktor penting dalam menuju kearah matlamat yang positif dan
mewujudkan suasana yang harmoni di samping jalinan kerjasama . Deligasi dan komunikasi
pula memainkan peranan penting dalam mengeratkan hubungan diantara pemimpin dan pengikut
serta dapat menentukan kejayaan organisasi.

Sponsor Documents

Or use your account on DocShare.tips

Hide

Forgot your password?

Or register your new account on DocShare.tips

Hide

Lost your password? Please enter your email address. You will receive a link to create a new password.

Back to log-in

Close